Monday, June 13, 2011

TEMPE

Dalam kehidupan kita, tidak semua yang kita rancang menjadi. Lihat sahaja bagaimana kisah si pembuat tempe ini. Pada suatu hari tempe yang dibuat tidak menjadi. Tempenya memang menjadi kesukaan ramai. Dia sangat sedih kerana pada hari itu dia tidak mampu untuk membuat tempe yang dikehendaki pelanggan. Ini bermakna tiada hasil jualan pada hari tersebut.


Tempe adalah salah satu makanan dari jawa yang berasaskan kacang soya. Proses membuatnya agak rumit jika tiada kemahiran.


Apabila pelanggan bertanya tentang tempenya dia menjawab, "Sesungguhnya daripada Allah kami datang dan kepada-Nya kamu kembali." Yang mana bermaksud tempenya tidak menjadi. Dia tawakal sahaja pada Allah. Moga-moga ada pelanggan yang mahu tempenya.

Namun, yakinlah, rezeki Allah ada di mana-mana. Sudah menjadi rezekinya pada hari itu, ada seorang wanita yang mahu membeli tempe yang belum menjadi. Katanya mahu membawa ole-ole untuk anaknya yang berada di luar negeri. Jadi, dia mahu tempe yang belum menjadi supaya apabila dia sampai di tempat anaknya tempe itu sedang elok. Justeru, wanita itu membeli kesemua tempe yang dibuat oleh si pembuat tempe.