Saturday, March 31, 2012

HAPPY BIRTHDAY NOR HALIMATUN SYAHIDAH !!!!

SANNAH HELWAH...

NOR HALIMATUN SYAHIDAH BINTI NOOR SHAH...









Sebenarnya hari jadi dia pada 24 Mac hari tu... tapi tak sempat nak wish.. tahun ni genap umur dia 15 tahun... sekarang saya nak story morey sikit macam mana saya boleh kenal dia... actually dia jiran saya cuma lorong rumah je lain.. selang satu lorong je.. saya dah kenal dengan dia sejak mula-mula pindah dekat desa pinggiran putra.. masa tu umur saya 6 tahun masa tu tahun 2003... dia lah merupakan satu-satunya kawan saya masa tu sebab time tu kawasan perumahan tu baru lagi.. and jiran saya ramai lelaki... so, saya tak de kawan sehinggalah saya berjumpa dengan matun... kitaorang selalu main sama-sama... main barbie, belon, main kejar-kejar and banyak lagi... persahabatan kami tak henti sampai disitu saja... bila masuk darjah 1 kitaorang masuk sekolah( SRAI Bandar Baru Bangi ) yang sama jugak tapi kelas lain-lain.. naik darjah 2 dan 3 kelas sama... tapi kitaorang dah tak rapat sangat.. bila darjah 4 sampai darjah 6 kitaorang lain kelas... naik sekolah menengah pulak kitaorang dapat masuk sekolah yang sama dan kelas yang sama ( time tu kat SMKDABB )... seminggu sekolah kat DABB.. kitaorang sama-sama dapat masuk SAM Sungai Merab Luar pulak.. form 1 dengan form 2 kitaorang sama kelas.. naik form 3 kitaorang dah lain kelas... sedih sangat sebab tak dapat kelas yang sama... matun ni seorang suka bercerita, kalau dia bercerita mesti cerita dia lawak-lawak.. tapi ade satu perkara yang susah sikit pasal dia ni... nak tahu ape..?? dia ni kuat merajuk.. kalau dia merajuk ker atau marah ke dia mesti tak layan sape-sape... tak kira la orang cakap pasal apa pun dia mesti buat dengar tak dengar jer... tapi rajuk dan marah dia tu tak lama pun.. lama-lama lepas tu dia ok balik la... dia ni jugak suka melukis... dia pernah lukis gambar zirafah yang sangat comey.. dia juga seorang yang sangat kreatif mungkin turun daripada ibu dia kot.. akhir kata saya matun merupakan seorang sahabat yang sangat baik.. sayang kau matun.. semoga ukhuwah yang kita bina selama ini akan kekal hingga ke syurga... Insha Allah... amin..


Raef - With You (Chris Brown Cover)

Saturday, March 17, 2012

Tuhan berikan aku cinta-ayushita[lyrics]

Oki & Andy Karena Hati Bicara ost Dalam Miihrab Cinta.wmv

Best Friend Till Jannah




Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.

1 new message.

Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.

Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.

Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.

Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.

Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.

Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.

Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.

Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.





Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.

Aku pasti.

Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.

Aku pasti.

Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.

Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.

Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.

Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.

Andai sahaja dapat aku kongsi.

Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.

Kamu janji, tunggu aku ya?

- Artikel iluvislam.com

Terbanglah, Bersama Menyebar Warna




Wahai anak muda,
Terbanglah,

Umpama burung yang terbang,
Semakin tinggi semakin jauh dari mara bahaya tanah,
Semakin rendah semakin hampir pada musuh dan kesilapan musibah,
Terbanglah tinggi,
Menerjah langit Ilahi,
Demi cita dan niat suci.

Terbanglah anak muda,
Kepakkan sayapmu sepenuh tenaga,
Sama laju sama kuat walau ia bukan mudah,
Mengepak demi merenggang jasad dari tanah,
Melawan tarikan bumi yang menerjah,
Bebaskan dirimu merdeka di alam perjuangan itu,
Jauh dari perangkap nafsu yang membelenggu,
Dan terus terbang dengan sayapmu,
Alihkan pandanganmu pada langit nan biru,
Fikirkan ganjaran yang menunggu,
Realisasikan hidupmu di situ.

Indahnya samudera,
Tikamu sudah melangit di udara,
Kau kan mampu melayang dan meluncur di laluan awan biru,
Meluncur bermain angin di ketinggian melangit itu,
Segala mainan durjana dunia kau kan mudah harungi,
Kerna jiwa telah terpaut kukuh di sanubari langit ilahi,




Dan terbanglah,
Dengan sayapmu penentu peribadimu,
Jadikan sayapmu bagai bunga penebar warna,
Terang cahaya pelangi warnanya,
Membawa hati gembira,
Menyejukkan hati mendamaikan jiwa,
Keelokannya membawa keceriaan suasana,
Seperti penebar harum bunga,
Menebar harum benih-benih cinta,
Keindahannya membawa kedamaian bagai emas diterpa suria,
Keanggunannya membawa kebahagiaan terasa.

Marilah,
Terbanglah, dan Sebarkanlah,
Warna warni sayapmu,
Membuat mereka terpesona,
Di serata pelusuk dunia.

- Artikel iluvislam.com