Saturday, December 31, 2011

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: MENGAPA PERLU BERSENDIRIAN?

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: MENGAPA PERLU BERSENDIRIAN?: Tit tit.. Kedengaran mesej masuk di handphone kawan sebelah. Tit tit... Mesej kedua masuk diiringi gelak miang. Aku sudah tarik muka ...

Aku Juga Mampu

Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu. Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.

Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut. Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya jika benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas.

Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.

Siapa kata tidak mahu bercinta?

Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta. Adakah kamu percaya?

Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!

Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih, lengkap dan indah. Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita.

Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda.

Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.

Monday, December 26, 2011

Najwa Latif - Carta Hati (OFFICIAL VIDEO CLIP - HD + LIRIK).flv

kelas tingkatan 3 untuk tahun 2012...

Assalamualiakum..

ape kabar ??

how are you ??

hehe.. saje je.. ok la tanpa membuang masa.. saya nak bercerita sikit.. hari ini saya pergi ke sekolah untuk membeli buku.. masa sampai je saya memang tak senang hati.. nak tahu kenapa?? sebab dekat papan kenyataan dekat sekolah dah letak senarai nama semua pelajar dapat masuk ke kelas ape untuk tahun 2012.. sampai je kat sekolah saya dengan ibu dan ayah saya pun turun la pastu dalam perjalanan ( macam jauh sangat ) tu tiba2 langkah saya terhenti.. sebab ternampak senarai nama.. masa tu memang Allah saja yang tahu perasaan saya.. saya pun tengok la senarai nama bagi kelas 3 amanah.. tengok punye tengok.. tiba2 mata saya terhenti pada nama Nur Najlaa Aqilah Binti Rapiee.. macam ku pernah lihat nama itu, tapi dimana ya.. buat lawak pulak.. memang la saya kenal nama tu sebab tu nama saya.. masa tu berkecai harapan saya nak masuk kelas 3 siddiq untuk tahun 2012.. memang sedih sangat.. waktu nak pergi perpustakaan ( untuk beli buku ) terserempak pulak dengan matun dan mak dia.. muka matun berseri2 sangat.. mana tak berserinya selama ni hasrat dia tercapai jugak nak masuk kelas yang sama dengan geng dia.. masa balik dari sekolah.. dalam kereta ibu cakap la mungkin saya tak ade rezeki nak masuk kelas siddiq.. mungkin ade hikmah.. supaya saya tidak riak.. mane tahu kalau saya dapat masuk kelas siddiq saya pun menjadi riak.. sape tahukan.. masa tu saya dah tak tahan.. akhirnya saya pun jadi la macam gambar kat bawah ni..




ibu saya kata .. tak dapat masuk kelas pertama pun tak ape.. asalkan saya berusaha untuk berjaya.. untuk mendapat 9a dan jangan jadi malas lagi.. dan jangan ulangi kesilapan yang lalu..

begitulah kisah saya untuk hari ini.. dah bersediakah saya untuk menghadapi peperiksaan yang besar pada tahun 2012..?? itulah pertanyaan yang masih saya tak terjawab..

dan akhir kata.. tiada kejayaan yang akan terhasil sekiranya tiada usaha yang dilakukan..

semoga apa yang saya alami sepanjang 2011 dijadikan iktibar.. agar saya terus pandang kehadapan.. tanpa mengulangi kesilapan yang lalu..

Saturday, December 24, 2011

maksud nama saya,, =)

NUR NAJLAA AQILAH
NNaif
UUntung
RRamah
NNaif
AAmanah
JJujur
LLemah-lembut
AAlim
AAbadi
AAsli
QQualiti
IIkhlas
LLincah
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Drama Bicara Hati 2011

Rinduku Di Bawah Bayu..

Tinggi, sayup…dari ruang udara yang memisahkan antara aku dan kamu. Mulanya agak berteka teki “ada apa denganmu?” Tak kenal maka tak cinta. Mungkin ada benarnya. Hati masih berbasa-basi. Ku toleh dari kanan ke kiri mungkin lebih dari dua kali. Dunia mu dunia ku jauh berbatu namun kita satu…

Ku hirup angin malam tanpa sedar makin dekat diriku denganmu. Ada cahaya di situ. Sungguh. Cahaya yang membawa aku ke daerahmu yang satu ketika dulu pernah ku luah hasrat untuk bertemu.

Suria pagi belum muncul tatkala mata dicelik pantas mendahului. Hati yang mulanya kosong tanpa sebarang calit rasa, kini kian menghambat masa. Bila? Di sepanjang liku jalan ke situ aku melintasi anak sungai di kaki gunung-ganangmu. Indah. Menongkah deras arusmu membayangi perjuanganku sebagai da’ie kelak – ada kala bertahan, ada kala teruskan.

Di bawah bayu rinduku berseru bila mata kita bertemu. Mesra sambutmu buat ku tak jemu malah mahu terus di situ. Kisah cinta ukhuwahku kembali bertamu mengingatkan pengalaman yang bukan mainan. “Onsoi Pagalungan”… kini aku pulang dengan kenangan.

Saturday, December 17, 2011

Short Film - Tomato

trip to perlis

assalamualaikum..

dekat bawah ni ada la sikit gambar2 yang amik sepanjang perjalanan saya ke perlis..


antaranya..




ni gambar di bukit gantang, perak.. berhenti sebentar di kampung cik zimah.. makan durian, manggis dan rambutan.. sedap sangat..




ni dah sampai di sempadan malaysia thailand.. shopping di wang kelian..




sawah padi yang terbentang .. cantik sangat..




buat kenangan...




mak dan anak..




ok ni je la gambar yang sempat saya amik.. esok nak terbang ke pontian , johor.. pulak, cousin kawin.. pastu hari isnin balik kampung kat batu pahat, johor.. my auntie ade buat bbq.. penat sangat..

Di Sebalik Nil..


Nil menangis lagi…

Di hujung hatinya ada barah yang sedang merebak…

M’jangkiti segala hidupan keikhlasan di dasarnya…



Nil berair tetapi hakikatnya kontang…

Ia masih tertunggu-tunggu damai yang sekian lama hilang…


Mungkin nil ini tidak akan pernah berpeluang,

Kerana hakikat dunia penuh kepalsuan,

Percuma dengan hanya janji-janji kesengsaraan…

Ya Allah!



Nil ini amat pedih…

Ia cuba merawat lukanya sendirian,

Namun tersilap tusuk makin dalam..

Nil jernih bertukar kemerahan,

Ia berbau dendam bercampur kekesalan…



Nil tak berteman…
Ia dikelilingi boneka dunia yang hanya tahu memperalatkan…
Sejarah nil dirundum malang…
Hanya Dia mengetahui realiti kejadian,
Nil yang amat kepenatan…


Nil tak bersuara,
Ia hanya tahu berkias…
Melalui alirannya yang kekadang berkocak,
Kekadang melalui riak tubuhnya yang cuba berbahasa dengan sang helang,
Atau sekawan burung yang sedang enak berterbangan…


Namun harapan nil tak kesampaian,

Kaku menyaksikan mereka pergi,

sejurus berhasil mendapatkan habuan…



Ketenangan raut nil disilap andaian,

Yang mengamatinya berasa ketenangan…

Yang melawatinya berasa kebahagiaan…

Tanpa turut sama berasa,

Hibanya nil dalam lautan kesedihan…





Nil tak ingin menangis lagi,

Tubuhnya kini sudah cukup basah dengan linangan air…

Dan cukuplah kini ia sedar,

Ada sepohon tamar yang sentiasa lebat bersama buah dan daunnya…

Yang tak pernah jemu berada di sisi nil,

Tertanam di birai muara hatinya…



Biarpun pohon tamar itu tidak bisa mengerti,

Akan tetapi nil tersebut amat terharu dengan kesetiaan si pohon…

Ia tak pernah menghilangkan diri,

Ia sentiasa terpacak akrab di sisi nil…



Nil ingin berterima kasih,
Buat si pohon tamar yang sentiasa ceria menenangkan hati…
Biarpun sekadar lambaian pelepah halus dan helaian daun,
Terima kasih..terima kasih..terima kasih,
biarpun tak mengerti…

Terima kasih !!



—-

Pohon tamar yang lebat bersama buah dan daun..adalah persis jemaah yang dikirim Allah taala dengan sahabat-sahabiah yang sentiasa berusaha menanam husnuzon dan sokongan ke dalam diri ini..biarpun bukan melalui wang, masa yang diluangkan ataupun kata2 semangat..cukupla dengan senyuman dan doa yang dipanjatkan ..


doakan diri ini berhijrah kerana Allah, benar2 keranaNYA.. diri ini sedar telah melakukan banyak kekhilafan sebelum ini, maafkan diri ini atas segala kekurangan & kedhoifan..berikanlah diri ini peluang untuk berhijrah..

izinkan aku ya Allah!


Btw: Antara yang menarik..pokok di pinggir sungai nil..tamar besar2 berubah kepada smaller shrubs. Manakala air dan pokok memang ada kesinambungannya yg tersendiri, sebagaimana nama Nabi Musa a.s sendiri diberi keluarga Firaun. “Mu” bermakna air dan “sa” bermaksud pokok sempena tempat penemuannya di tepi Sungai Nil oleh Asiah.


Nukilan asli oleh..



Bukan Cinta Sempurna

Kita manusia tidak akan lari dengan jatuh cinta..setiap manusia dianugerahkan hati dan perasaan yang cukup indah

untuk mencintai dan dicintai..

dan adakah kita sedar sebelum kita mencintai ada sesuatu yang lebih mencintai kita..

Dan..kalau tidak ada cinta bagaimana kita boleh terlahir didunia yang cukup indah untuk merasa nikmat cinta..

kita mencintai manusia sememangnya fitrah kita dilahirkan begitu..tetapi..kita dikawal oleh cinta MAHA PENCIPTA..

Adakah kita sedar selama ini cinta kita belum sempurna..

manusia akan memerlukan pasangan apabila tiba waktu dan masanya..

semua akan merasa..

disebalik kita mengecap perasaan cinta sesama manusia…ada sesuatu yang CEMBURU…

KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU..

kenapa KEKASIH AGUNG sedang cemburu..

apa kita sudah lakukan…

adakah kita sedar yang kita lahir dari perasaan cinta MAHA PENCIPTA sehingga kita dilihat cukup hebat oleh makhluk lain..

IBLIS LAKNATULLAH..cemburu dengan kejadian manusia.MENGAPA CINTA KITA TIDAK BOLEH SEMPURNA…

adakah termakan dengan kata2 iblis…

kenapa kita jadi manusia yang tidak mengenang budi terhadap PENCIPTA….

CINTA KITA XSEMPURNA LAGI….

Friday, December 9, 2011

pencinta buku : bacalah buku berulang kali..

Membaca kisah para Nabi dan para salafus soleh yang terdahulu merupakan salah satu daripada pembacaan yang cukup bermanfaat, kerana dengannya kita dapat mengambil teladan dalam menjalani kehidupan seharian. Meskipun mereka telah lama meninggalkan kita.

Ketika membaca sebahagian kisah ulama Islam di dalam buku-buku yang saya telaah daripada muka surat ke muka surat, antara perkara yang cukup menarik hati saya dan membuatkan saya takjub adalah apabila membaca tentang ulama yang mempunyai hafalan yang cukup menakjubkan; di mana di antara para ulama Islam ada yang membaca sebuah buku dengan sekali bacaan sahaja mampu menguasai dan menghafal apa yang terkandung di dalam buku berkenaan.

Suka untuk saya mendatangkan satu contoh di sini, sebagaimana yang dinukil dalam sebuah buku yang bertajuk Keajaiban Hafalan Bimbingan Bagi Mereka Yang Ingin Menghafal Al-Qur'an yang diterjemahkan daripada sebuah kitab arab karya Abdul Qoyyum bin Muhammad bin Nashir As-Sahaibani dan Muhammad Taqiyul Islam Qaariy, bahawa telah berkata Jamaluddin As-Sarmadi: "Di antara keajaiban pada masa ini dalam masalah hafalan adalah Ibnu Taimiyyah. Dahulu, dia menelaah satu kitab sekali sahaja, maka telah terpateri di dalam benaknya." Sememangnya kemampuan yang dimiliki oleh Ibnu Taimiyyah itu adalah satu perkara yang menakjubkan bagi saya.

Sebagai seorang yang minat membaca, saya selalu berharap saya mampu menguasai apa yang terkandung dalam buku dengan hanya sekali bacaan sahaja, sebagaimana sebahagian ulama pada zaman dahulu. Saya percaya, di luar sana tidak sedikit daripada kalangan pencinta buku yang mempunyai keinginan yang sama seperti saya.

Namun, hakikatnya diri saya hanyalah insan biasa, bukanlah genius dan sedemikian hebat; mampu menguasai isi yang hendak disampaikan dalam sebuah buku dengan sekali bacaan semata-mata. Terkadang selepas membaca sebuah buku, saya seakan-akan tidak begitu ingat apa yang telah saya baca, bak kata orang 'masih kabur'. Mungkin anda pun memiliki masalah yang sama.

Namun itu bukanlah penghalang untuk saya untuk terus membaca dan membuat saya putus asa sehingga berhenti membaca.

Adalah menjadi kebiasaan saya sebelum ini, apabila telah selesai membaca buku dengan sekali bacaan, maka saya tidak akan mengulangi untuk membaca buku berkenaan daripada muka surat pertama sehinggalah ke muka surat yang terakhir, kerana saya beranggapan perkara itu adalah perbuatan membuang masa. Itulah sikap saya sebelum ini. Satu "mind set" sebenarnya perlu dinilai semula.

Baru-baru ini saya membaca sebuah buku bertajuk Kelebihan dan Keutamaan Menuntut Ilmu, yang asalnya sebuah kitab arab bertajuk Kaifa Tatahammas Li Thalabil 'Ilmisy Syar'ie karya Abul Qa'qa Muhammad bin Shalih, kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Di dalam buku berkenaan dimuatkan 102 metode bagaimana untuk memotivasikan seseorang dalam menuntut ilmu syar'ie yang dicedok daripada kehidupan para ulama Islam.

Antara perkara yang saya dapat jadikan iktibar daripada buku berkenaan, kejayaan tidak akan datang bergolek dan manusia tidak akan memperolehi ilmu dengan bersenang-senangan. Apatah lagi bermalas-malasan.

Sebagai mana kata-kata seorang ulama, ilmu itu tidak akan diperolehi dengan tubuh yang bersenang-senangan dan bermalasan-malasan.

Sekiranya ingin menguasai apa yang terkandung dalam sebuah buku, maka kita tidak boleh bosan untuk membaca sebuah buku berulang kali. Usaha membaca berulang kali perlu dilakukan, barulah apa yang kita baca dapat kita kuasai dan fahami dengan sebaiknya. Inilah yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.

Saya percaya, di luar sana ada ramai sudah maklum dan faham perkara ini dan tidak perlu untuk saya beritakan. Namun, bukanlah tujuan utama saya untuk memberitakan yang sedemikian, tetapi yang pertama sekali, saya tujukan penulisan ini buat diri saya sendiri. Semoga saya tidak mudah melupakannya.

Insya-Allah, seterusnya saya akan sebutkan sedikit contoh mengenai sikap para ulama dalam usaha membaca sebuah kitab berulang-ulang kali.

Abul Qa'qa Muhammad bin Shalih menyatakan dalam bukunya Kaifa Tatahammas Li Thalabil 'Ilmisy Syar'ie: Imam an-Nawawi ketika menulis biografi Imam Abdul Ghafir bin Muhammad Al-Farisi, telah berkata: "Al-Hafiz al-Hasan as-Samarqandi membaca Sahih Muslim lebih daripada 30 kali. Dan Abu Sa'id Al-Buhairi membaca Sahih Muslim di hadapannya lebih daripada 20 kali."

Disebutkan lagi dalam buku berkenaan, seorang ulama yang bernama Abu Bakar al-Abhari, telah membaca kitab Mukhtasar Ibnu Abi Hakam sebanyak 500 kali, As-Asadiyah sebanyak 75 kali, Mukhtasar al-Barqi sebanyak 70 kali, Al-Mabsuth sebanyak 70 kali dan Al-Muwaththa karya Imam Malik sebanyak 45 kali.

Dr. 'Aid Abdullah al-Qarni menyatakan dalam kitabnya Miftahun Najah yang telah diterjemahkan dengan tajuk Kunci Kejayaan Minda, seorang alim daripada Andalusia telah mengkhatamkan bacaan Sahih Bukhari sebanyak 700 kali dan anak murid Imam Asy-Syafi'e, iaitu Al-Muzani telah mengkhatamkan bacaan kitab Ar-Risalah karya gurunya itu sebanyak 500 kali!

Sekian sahaja penulisan yang serba ringkas ini, semoga ia akan memberikan manfaat terutamanya kepada diri saya sendiri, seterusnya kepada anda yang membaca penulisan ringkas ini.

Akhir sekali saya tinggalkan anda dengan kata-kata seorang bloggers wanita daripada jomsewabuku.blogspot.com dengan katanya: "Saya ingin anda membaca dan terus mengulangi dan mengulanginya sehinngalah buku itu lusuh!"

Wallahu'alam.

Friday, December 2, 2011

Novel ....

Bismillahirrahmanirrahim..

today saya nak cerita sikit pasal habi saya dimasa lapang.. nak tahu ape hobi saya.. mesti la ada kaitan dengan tajuk entri saya hari ni.. ok la hobi saya sama dengan remaja2 perempuan diluar sana iaitu suka baca novel.. daripada sekolah rendah sampai sekarang saya memang minat sangat baca novel.. mungkin turun daripada ibu saya kot.. dekat dalam bilik saya ada banyak novel.. sebenarya tak ada la banyak mana pun.. tapi ok la daripada tak ada novel langsung kan..




sekarang satu malaysia tengah heboh pasal filem ombak rindu..macam jadi fenomena pulak.. saya pun nak la cerita sikit pasal novel ombak rindu.. sebenarnya saya tak layan novel macam tu.. tapi ada satu hari tu saya tanya la ibu saya.. " ibu2, ibu rasa ada tak kedai buku jual novel ombak rindu lagi?? ".. ibu saya jawab tak tahu.. tiba2 ibu kata ibu saya ada novel ombak rindu.. pastu saya pergi la cari.. pastu jumpa, saya pun baca la novel tu.. baca punya baca dah habis.. saya baca dalam masa satu hari je.. perangai saya kalau saya dah baca novel memang saya tak layan benda lain termasuk la faceebook and twitter.. lepas habis baca novel ombak rindu.. tiba2 ibu saya kata novel tu ade sambungannya.. saya pun pergi la cari pastu jumpa.. tajuk dia cinta ... tiada akhirya.. novel ni pun saya baca dalam masa satu hari.. dah habis baca tu ingatkan dah habislah la kisah rumahtangga antara Hariz dan Izzah.. rupanya tak lagi.. ada sambungannya lagi.. saya cuba la tanya ibu saya kot2 novel satu lagi tu ada.. tapi ibu saya pun tak tahu yang sebenarnya ada sambungannya lagi.. dalam hati saya, saya kata kenapa la panjang sangat cerita ni dan kenapa la ibu tak ada novel yang ke 3 tu.. kalau tak silap saya novel yang ke3 tu tajuk dia rindu cintaku.. tapi tak apa la kalau tak baca novel tu.. sebab dengar cerita orang kata novel happy ending jugak.. dekat bawah ni ada gambar2 novel yang saya sebutkan tadi.. tapi saya rasa filem dengan novel ada yang lain sikit kot..



ni novel yang first sekali..



ni yang second.. sambungan daripada ombak rindu..



haa.. ni yang akhir sekali.. sambungan daripada cinta .. tiada akhirnya.. buku ni la yang saya tak ada tu..

sampai sini sajalah untuk hari ni.. jari jemari saya pun dah penat sudah.. sampai ketemu kembali...

ASSALAMUALAIKUM..

Thursday, December 1, 2011

Trip To Terengganu Darul Iman

Bismillahirrahmanirrahim..

Pembuka Bicara..

jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 malam.. tapi mata masih lagi tak mahu tutup..
ok la.. sebab saya tak ngantuk lagi jadi saya mahu berkongsi la sikit citer pasal holiday saya.. tahun ni seperti tahun sebelum ni, hujung tahun mesti pergi holiday kat sebelah pantai timur iaitu di negeri terengganu.. pergi hari sabtu minggu lepas.. bertolak dari rumah lepas asar.. sampai je di genting sempah tiba2 je jalan sesak ingatkan ade accident.. rupe2 nye orang baiki jalan.. time mula bagi tahu kat ibu nak pergi terengganu banyak kali jugak fikir.. nak pergi ke tak nak.. maklumlah bulan 11 mesti negeri2 pantai akan banjir.. last kali bagi tahu kat ibu pergi jelah.. sebab ibu dah kata naik tahun depan dah tak boleh jalan kemana-mana sebab tahun depan dah nak pekse PMR.. #mengerunkan.. tepat pukul 9.30 malam dah sampai di kuantan.. malam tu tidur kat rumah mak long.. esok pagi nya(hari ahad) dalam pukul 9 bertolak pula ke terengganu.. dalam perjalanan sempat la jugak menikmati permandangan yang sangat indah.. indah sungguh ciptaan Allah.. masa sampai je kat marang tengok la ombak.. memang kuat ombak.. takutnya.. dah la resort yang saya tinggal tu dekat dengan pantai.. tepat pukul 12 tengahari dah sampai kat kuala terengganu.. sampai2 terus pergi ke pasar payang.. dah lepas jalan2 pergi la ke batu rakit.. sebab resort saya kat batu rakit.. lepas check in masuk bilik solat pastu terus tidur.. lepas asar keluar la pergi jalan2 dekat airport.. pastu pergi la ke pantai ape tah.. tak ingat la nama pantai tu tapi dekat dengan airport la.. pastu cari kedai makan nama ict pok long.. puas la nak cari.. cari punya cari jumpa ict bad.. pastu ibu suruh cari kat depan lagi.. masa tu puas la fikir ape kena mengena ict dengan ikan celup tepung.. bila fikir balik rupanye ict tu ikan celup tepung.. akhirnye jumpa jugak ngan ict pok long.. punye la ramai orang kat kedai tu.. malam tu tengok la bola melaysia lawan bahrain.. memang dah tahu sape pemenang nye.. keesokkan pagi pergi la pasar payang.. pasar payang lagi.. semalam pergi tengok2 je hari ni time untuk shopping.. memang best la.. nak tahu ape saya beli.. tentulah saya beli kain sutera.. sama dengan my sister.. ayah saya beli kain songket ngan baju batik.. ibu saya tak beli ape2 sebab ibu kata ibu dah banyak baju dah.. dah habis shopping balik resort.. dalam pukul 2 petang check out dari hotel.. sebelum balik beli dulu keropok lekor.. memang wajib kena beli.. sampai kat kemaman singgah kejap dekat kedai aziz satar.. unik kan nama tu.. tapi bukan kedai aziz satar yang pelakon tu tau.. satar kat sini memang sedap.. masa kat highway kereta semua amik lorong kanan.. memang laju betul la.. dalam pukul 12 malam sampai la di rumah...
itu sajalah coretan bagi hari ini.. selamat datang bulan disember.. akhir kalam.. assalamualaikum..

Cuti Sekolah and Laptop

Cuti sekolah sangat bosan bagiku.. tak ada aktiviti nak buat.. hari2 duduk depan tv tgk tv.. kalau dah bosan bukak novel.. kalau dah bosan bace novel bukak buku atlas.. memang bosan.. dah la dekat rumah tak ade sape2..kalau ade abang boleh jugak kacau dia.. nak keluar.. memang tak berani la.. nak online pun tak boleh.. mana tak bolehnyer.. laptop asik buat hal je.. kejap2 antivirus hilanglah, pastu ade virus la.. geram nyer.. bile hantar kat kedai ingat dah ok.. mesti la ok kan kalau kena bayar RM 50 hinggit.. rupe2 nyer tak.. last sekali hantar kat kawan ibu baru ok..

Sandiwara Dunia Blogging

Blogger A: Ish, tak boleh jadi ni, semakin hari semakin ramai follower dia. Blog aku pun Islamik jugak, tapi kenapa blog dia lebih dapat sambutan? Menyampah aku. Dah lah ramai orang komen blog dia, menyampahnya! Sakit hati aku! Macamlah dia bagus sangat! Aku kena buat sesuatu.

Blogger B: Alhamdulillah, semakin ramai yang follow, harap yang follow tu dapat manfaat. Eh, ada komen baru. Ha, apa orang ni tulis ni. Astaghfirullahal 'azim. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Luputkanlah hasad dengki manusia terhadap aku. Amin.

"Salam. Wei, penulis blog, kau ingat blog kau bagus sangat ke ramai follower, ramai orang komen. Blog je Islamik padahal orang bukan Islamik sangat pun. Ikhlas sikit kalau menulis tu. Hipokrit punya orang! Blah la, menyampah aku dengan kau ni."

***

SISI PUTIH: Hey you!

SISI HITAM: What?

SISI PUTIH: What are you doing?

SISI HITAM: What? Who are you?

SISI PUTIH: Yela, tukar, tukar. Cakap BM pula. Ha? Siapa saya? Saya adalah awak, awak adalah saya.

SISI HITAM: Eh, apa pula dia adalah kau, dia adalah aku. Eh, budak, nama kau sape dah, tak ingat pula aku.

(Putih + hitam = kelabu = neutral )

SISI KELABU: My name is Ali.

SISI HITAM: Ceh, speaking, padahal nama tak komersial langsung.

SISI PUTIH: Apa kena dengan awak ni, nama Ali tu punya maksud yang baik. Yang tinggi. Biar semakin tinggi keimanan, semakin tinggi kesolehan. Sahabat Nabi S.A.W pun ada nama Ali.

SISI HITAM: Ahh! Ni apesal cakap pasal nama pula. Eh, Whitey, apehal kau jerit-jerit dekat budak ni tadi?

SISI PUTIH: Ni ha Blackie, tengok apa dia komen dekat blog orang. Tak puas hati dengan blog orang yang punya follower ramai, komen banyak. Saya nak cegah perkara buruk. Ni boleh merenggangkan ukhuwah.

SISI HITAM: Hahahaha. Memanglah, dia buat macam tu sebab ikut cakap aku. Bagus anak didik aku ni. Pergi blah la kau. Dia milik aku. Hahahaha.

SISI PUTIH: Memang hitam la awak ni, ambik ha, straight to the point. Kalau jahat tu, memang jahat la juga, lagi straight to the point. Aww, tak baik tahu. Saya nak selamatkan dia daripada awak. Ali, awak ok? Are you ready, bebeh?

SISI KELABU ALI: What the...huh?

SISI HITAM: Kau nak buat apa?

SISI PUTIH: Awak shut up, Blackie. Ok my baby, you're ready. Let's get into our lesson, hayya nabda'!

***

Kenapa Perlu Dengki?

Wahai Ali...

Kenapa perlu dengki? Kenapa perlu dengki dengan blog orang lain? Awak dengki dengan blog orang lain yang ada follower ramai? Awak dengki tengok blog dia ramai yang komen? Dan tidak seperti pengomen blog awak? Awak dengki tengok blog dia lebih Islamik berbanding blog awak? Awak dengki tengok dia pandai menulis tetapi awak tidak? Awak dengki.

SISI KELABU ALI: Dah..sudah! *menangis*

Awak jangan tipu diri awak. Awak sudah tahu agama, tetapi kenapa buat begitu. Blog dia bagus, dia berdakwah melalui blog.

Kenapa awak perlu dengki?

Blog awak pun bertemakan dakwah juga, jadi kenapa awak perlu dengki? Melainkan...

SISI KELABU ALI: Melainkan apa?

Melainkan awak menulis bukan kerana Allah S.W.T.

***

Untuk apakah penulisanmu?

Wahai Ali...

Untuk apakah penulisanmu?

Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?

Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?

Awak menulis itu kerana hendak tunjuk awak seorang alim, baik dan selepas tengok blog orang lain lebih alim, lebih baik daripada awak, awak tidak puas hati?

What's wrong with you?

Untuk apakah penulisanmu?

Jika itu tujuan awak, saya nasihatkan awak berhenti daripada menulis. Buang masa awak sahaja. Awak pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Awak menulis untuk berdakwah. Kononnya, betul ke?

Lagi sekali, awak jangan tipu diri awak. Jika niat awak tidak betul, berhentilah. Sia-sia sahaja. Penat sahaja awak dapat.

Wahai Ali...

Seharusnya awak rasa berbangga ada blog lain yang sama tujuan dengan awak. Niat murni hendak membangunkan Islam. Niat murni menulis untuk mengetuk jiwa-jiwa yang adakala lalai dan lupa. Yang menulis kerana inginkan keredaan Dia.

Jika awak masih tidak dapat buang hasad dengki awak itu, dan hasad dengki awak itu tidak dapat menjadikan awak lebih baik, saya betul nasihatkan awak. Berhenti sahajalah. Lebih baik awak buat sesuatu yang lain.

SISI KELABU ALI: *terasa* *hatinya menangis* *pedih*

***

Menulislah Hanya Kerana Dia.

Wahai Ali...

Saya cakap ini kerana saya sayangkan awak. Cuba awak lihat semula hati awak. Pernah awak tanya diri awak?

Awak menulis untuk apa?

Untuk dapat follower ramai?

Untuk dapat komen terbanyak?

Atau memang untuk mereka mendapat manfaat?

Pernah awak tanya diri awak semua itu?

Lagi, awak menulis untuk siapa?

Awak selalu kata kerana Allah S.W.T. Mulut dan tulisan awak kata untuk dakwah, hati awak bagaimana? Pernah awak tanya?

Jika betul kerana Allah S.W.T, kenapa perlu awak dengki? Awak renung kembali, untuk apa penulisan awak?

Apabila Allah S.W.T tanya, awak hendak jawab apa? Hanya setakat basa-basi di dunia, atau awak sedar bahawa inilah pelaburan jangka panjang awak?

Wahai Ali...

Perbetulkan niat awak. Muhasabah diri awak kembali. Menulislah kerana Allah S.W.T. Apabila benar hati awak berkata menulis kerana Allah S.W.T, tidak akan pernah terdetik rasa dengki di hati awak.

Riak dengan tulisan awak pun tidak. Jika awak menulis kerana Allah S.W.T, apabila post awak dipuji, kembalikan pujian tu kepada-Nya kerana Dia yang bagi ilham kepada awak. Kalau Dia tidak beri idea dan buah fikiran, awak tidak boleh tulis walau satu patah perkataan pun.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah S.W.T dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerana Allah S.W.T.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak pasti akan tumpang gembira apabila melihat blog Islamik lain dapat sambutan.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak tidak ramai follower dan tidak ramai yang komen, awak akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya awak berusaha.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak sedikit pengunjung, awak tetap tidak akan putus asa, kerana awak benar-benar ikhlas menulis, awak benar-benar menulis setiap patah perkataan untuk mengingatkan manusia dan diri sendiri.

***

Ketuk Hati Tanya Iman.

Wahai Ali...

Menulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu?

Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah S.W.T atau pun niat kerana perkara yang lain?

Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?

Wahai Ali...

Awak cukup bertuah. Punya peluang berdakwah melalui warkah bisu. Warkah bisu inilah pelaburan jangka panjang awak dan semakin bertambah nilainya andai dilakukan atas niat yang benar dan hati yang penuh ikhlas.

Awak cukup bertuah. Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara Akhirat, dan kini awak yang punya kesedaran, kenapa dipesongkan niat asal awak?

***

Wahai Ali...

Selagi hayat masih ada, pergunakanlah peluang awak sebaiknya. Menulislah kerana Dia. Sokonglah blog Islamik yang lain kerana Dia. Awak punya masa untuk berubah. Berubahlah. Ubah niat awak. Ubah hati awak ke arah yang lebih baik. Ke arah jalan yang betul.

Menjadi seorang penulis itu bukan hanya tahu memberikan pandangan dan pendapat sahaja sedangkan pada hakikatnya hati sendiri tidak terpandu kepada tuntutan Iman.

Menjadi seorang penulis itu bukan hanya pada tulisan yang jelas menunjukkan cahaya sedangkan hati sendiri gelap gelita. Tetapi biarlah menjadi seorang penulis, yang semakin menulis semakin dirasakan sedikit ilmunya hingga menuntut untuk terus mencari ilmu dan meningkatkan amalan.

Biarlah menjadi seorang penulis yang semakin membicarakan persoalan Iman, semakin hatinya lembut dan jiwanya tunduk. Hanya mengharapkan rahmat dan keredaan Allah S.W.T agar apa yang ditulis benar hanyalah semata-mata kerana Dia dalam wasilah penyebaran dakwah dan apa yang ditulis inilah yang akan menolongnya di Akhirat sana.

Wahai Ali...

Carilah Akhirat dalam dunia.

***

"Blogger B, maafkan saya, tak sepatutnya saya cakap macam tu dekat awak. Penulisan awak bagus, teruskan ye! Ma'annajah!"

SISI KELABU ALI: *senyap* *benar-benar menangis* *hatinya pedih* *benar insaf*

SISI PUTIH: Ali? Awak dengar tak apa yang saya cakap?

SISI KELABU ALI: *diam*

SISI PUTIH: Ali? Baby?

SISI KELABU ALI: Huwaaaaa!!!!

SISI HITAM: Eh, ni kenapa ni, kacau aku tidur je. Kenapa pula budak Ali ni nangis? Eh, Whitey kau buat apa dengan budak ni.

SISI PUTIH: *senyum* awak tanyalah dia.

SISI KELABU ALI: Ali dah insaf. Sob, sob *mengesat air mata*

SISI HITAM: Insaf apa pulak ni. Hati aku rasa tak sedap dah ni.

SISI KELABU ALI: Ali tak nak dengar cakap Blackie. Ali nak dengar cakap Whitey.

SISI PUTIH: Hehe. Awak dengar tu Blackie, Ali dah jadi anak murid saya. Tu baru kena basuh sikit tu.

SISI HITAM: Wei, kau buat apa. Ali, ikut Blackie la.

SISI KELABU ALI: Tak nak jugak, huh! *paling muka arah lain*

SISI HITAM: Ali, ikutlah Blackie, Whitey salah, dia hasut Ali tu.

SISI KELABU ALI: Ali kata tak nak! Tak nak jugak!

SISI HITAM: Ok, fine! Menyampah. Asyik aku je kalah. Ni yang aku angin ni. Fed up aku kalau hari-hari macam ni. *beredar*

SISI PUTIH: Good kid.

***

Sisi hitam tidak akan pernah henti memujuk rayu dan menghasut mengganggu sisi putih yang suci bersih. Jangan biarkan diri dalam kekeliruan tujuan dan matlamat. Perbetulkan niat.

Wahai penulis, menulislah bersama hati sisi putih. Gapai keredhaan-Nya dengan setiap patah perkataan warkah bisu yang ditaip. Carilah Akhirat dalam dunia, dirimu pasti beruntung.

Buat hanya kerana Dia. Sematkan dalam hatimu. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Cari redha Dia dengan ilmu, idea dan ilham yang juga milik Dia. Kelak pasti dirimu bahagia.

-Artikel iluvislam.com