Saturday, December 31, 2011

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: MENGAPA PERLU BERSENDIRIAN?

BEING A DOCTOR FOR UMMAH: MENGAPA PERLU BERSENDIRIAN?: Tit tit.. Kedengaran mesej masuk di handphone kawan sebelah. Tit tit... Mesej kedua masuk diiringi gelak miang. Aku sudah tarik muka ...

Aku Juga Mampu

Sedar tidak sedar dunia semakin tua, masa semakin pantas berlalu. Rambut yang dahulunya hitam sudah kelihatan sedikit keputihan. Kudrat yang dahulunya gagah sudah semakin lemah.

Wajah yang dahulunya jambu sudah menjadi layu. Ini semua bukti kepesatan masa yang tidak mampu sesiapa pun mengawalnya.

Dalam keadaan sebegini kita sebenarnya memerlukan satu dahan untuk berpaut. Berpaut dari terus dihanyutkan arus dunia yang entah membawa kita ke arah mana. Kita perlukan dahan sebegitu teguh dan kuat kerana bukan hanya kita sahaja yang mahu memautnya tetapi juga ayah, ibu, rakan, teman dan semua mereka yang tidak mahu terus tenggelam oleh tsunami masa gila.

Usah terus dipermainkan oleh dunia tetapi kitalah yang harus mempermainkanya. Kata ustaz di masjid kelmarin, hanya jika benar kita faham apa makna dunia, maka tiada langsung niat mengejar kemewahan yang menggila ini akan terlintas.

Tidak terfikir nanti mahu memiliki kereta mewah skyline atau lancer. Tidak terfikir mahu memilik i-phone dan tidak berminat mengejar chikaro cantik berdahi lincin dan berdagu runcing. Ini semua permainan dunia.

Siapa kata tidak mahu bercinta?

Siapa kata tidak cemburu dan jeles melihat kalian berpegang tangan dan berpesta. Itu belum masuk bercumbu cendana di bawah pohon mangga. Cemburu dan jeles. Aku juga punya nafsu, aku juga punya cinta. Adakah kamu percaya?

Aku ada henset yang cukup kreditnya untuk sms setiap masa. Aku punya cukup wang mahu keluar berdating dan menonton wayang juga. Walaupun henset aku murah dan bukan i-phone tetapi aku mampu untuk bergayut berjam-jam bersama yang tercinta. Ya, aku mampu melakukanya seperti apa yang kau lakukan bersama si dia!

Cuma aku tidak mampu untuk menghina agama. Agamaku cantik, bersih, lengkap dan indah. Tuhan aku dan Rasul aku tidak pernah sesekali mengizinkan perhubungan antara bukan mahram sebelum akad terlaksana. Cuma itu sahaja beza upaya kita.

Ini sahaja yang aku tidak mampu melawannya tetapi kau yang terlalu berani membuat langkahan sedemikian rupa. Cuma, aku berjanji dan bersumpah andai sudah terlaksana akad yang penuh makna suatu hari nanti, wanita itu akan menjadi permaisuri paling berharga kerana cintaku tidak pernah ternoda.

Pada Allah S.W.T tempat aku berpaut dan berdoa, semoga terus melindungiku dari tsunami dunia yang menggila. Semoga aku, kau dan mereka terus berpaut pada dahan yang sama.

Monday, December 26, 2011

Najwa Latif - Carta Hati (OFFICIAL VIDEO CLIP - HD + LIRIK).flv

kelas tingkatan 3 untuk tahun 2012...

Assalamualiakum..

ape kabar ??

how are you ??

hehe.. saje je.. ok la tanpa membuang masa.. saya nak bercerita sikit.. hari ini saya pergi ke sekolah untuk membeli buku.. masa sampai je saya memang tak senang hati.. nak tahu kenapa?? sebab dekat papan kenyataan dekat sekolah dah letak senarai nama semua pelajar dapat masuk ke kelas ape untuk tahun 2012.. sampai je kat sekolah saya dengan ibu dan ayah saya pun turun la pastu dalam perjalanan ( macam jauh sangat ) tu tiba2 langkah saya terhenti.. sebab ternampak senarai nama.. masa tu memang Allah saja yang tahu perasaan saya.. saya pun tengok la senarai nama bagi kelas 3 amanah.. tengok punye tengok.. tiba2 mata saya terhenti pada nama Nur Najlaa Aqilah Binti Rapiee.. macam ku pernah lihat nama itu, tapi dimana ya.. buat lawak pulak.. memang la saya kenal nama tu sebab tu nama saya.. masa tu berkecai harapan saya nak masuk kelas 3 siddiq untuk tahun 2012.. memang sedih sangat.. waktu nak pergi perpustakaan ( untuk beli buku ) terserempak pulak dengan matun dan mak dia.. muka matun berseri2 sangat.. mana tak berserinya selama ni hasrat dia tercapai jugak nak masuk kelas yang sama dengan geng dia.. masa balik dari sekolah.. dalam kereta ibu cakap la mungkin saya tak ade rezeki nak masuk kelas siddiq.. mungkin ade hikmah.. supaya saya tidak riak.. mane tahu kalau saya dapat masuk kelas siddiq saya pun menjadi riak.. sape tahukan.. masa tu saya dah tak tahan.. akhirnya saya pun jadi la macam gambar kat bawah ni..




ibu saya kata .. tak dapat masuk kelas pertama pun tak ape.. asalkan saya berusaha untuk berjaya.. untuk mendapat 9a dan jangan jadi malas lagi.. dan jangan ulangi kesilapan yang lalu..

begitulah kisah saya untuk hari ini.. dah bersediakah saya untuk menghadapi peperiksaan yang besar pada tahun 2012..?? itulah pertanyaan yang masih saya tak terjawab..

dan akhir kata.. tiada kejayaan yang akan terhasil sekiranya tiada usaha yang dilakukan..

semoga apa yang saya alami sepanjang 2011 dijadikan iktibar.. agar saya terus pandang kehadapan.. tanpa mengulangi kesilapan yang lalu..

Saturday, December 24, 2011

maksud nama saya,, =)

NUR NAJLAA AQILAH
NNaif
UUntung
RRamah
NNaif
AAmanah
JJujur
LLemah-lembut
AAlim
AAbadi
AAsli
QQualiti
IIkhlas
LLincah
AAdil
HHarum
Apa ada pada nama?

Drama Bicara Hati 2011

Rinduku Di Bawah Bayu..

Tinggi, sayup…dari ruang udara yang memisahkan antara aku dan kamu. Mulanya agak berteka teki “ada apa denganmu?” Tak kenal maka tak cinta. Mungkin ada benarnya. Hati masih berbasa-basi. Ku toleh dari kanan ke kiri mungkin lebih dari dua kali. Dunia mu dunia ku jauh berbatu namun kita satu…

Ku hirup angin malam tanpa sedar makin dekat diriku denganmu. Ada cahaya di situ. Sungguh. Cahaya yang membawa aku ke daerahmu yang satu ketika dulu pernah ku luah hasrat untuk bertemu.

Suria pagi belum muncul tatkala mata dicelik pantas mendahului. Hati yang mulanya kosong tanpa sebarang calit rasa, kini kian menghambat masa. Bila? Di sepanjang liku jalan ke situ aku melintasi anak sungai di kaki gunung-ganangmu. Indah. Menongkah deras arusmu membayangi perjuanganku sebagai da’ie kelak – ada kala bertahan, ada kala teruskan.

Di bawah bayu rinduku berseru bila mata kita bertemu. Mesra sambutmu buat ku tak jemu malah mahu terus di situ. Kisah cinta ukhuwahku kembali bertamu mengingatkan pengalaman yang bukan mainan. “Onsoi Pagalungan”… kini aku pulang dengan kenangan.

Saturday, December 17, 2011

Short Film - Tomato

trip to perlis

assalamualaikum..

dekat bawah ni ada la sikit gambar2 yang amik sepanjang perjalanan saya ke perlis..


antaranya..




ni gambar di bukit gantang, perak.. berhenti sebentar di kampung cik zimah.. makan durian, manggis dan rambutan.. sedap sangat..




ni dah sampai di sempadan malaysia thailand.. shopping di wang kelian..




sawah padi yang terbentang .. cantik sangat..




buat kenangan...




mak dan anak..




ok ni je la gambar yang sempat saya amik.. esok nak terbang ke pontian , johor.. pulak, cousin kawin.. pastu hari isnin balik kampung kat batu pahat, johor.. my auntie ade buat bbq.. penat sangat..

Di Sebalik Nil..


Nil menangis lagi…

Di hujung hatinya ada barah yang sedang merebak…

M’jangkiti segala hidupan keikhlasan di dasarnya…



Nil berair tetapi hakikatnya kontang…

Ia masih tertunggu-tunggu damai yang sekian lama hilang…


Mungkin nil ini tidak akan pernah berpeluang,

Kerana hakikat dunia penuh kepalsuan,

Percuma dengan hanya janji-janji kesengsaraan…

Ya Allah!



Nil ini amat pedih…

Ia cuba merawat lukanya sendirian,

Namun tersilap tusuk makin dalam..

Nil jernih bertukar kemerahan,

Ia berbau dendam bercampur kekesalan…



Nil tak berteman…
Ia dikelilingi boneka dunia yang hanya tahu memperalatkan…
Sejarah nil dirundum malang…
Hanya Dia mengetahui realiti kejadian,
Nil yang amat kepenatan…


Nil tak bersuara,
Ia hanya tahu berkias…
Melalui alirannya yang kekadang berkocak,
Kekadang melalui riak tubuhnya yang cuba berbahasa dengan sang helang,
Atau sekawan burung yang sedang enak berterbangan…


Namun harapan nil tak kesampaian,

Kaku menyaksikan mereka pergi,

sejurus berhasil mendapatkan habuan…



Ketenangan raut nil disilap andaian,

Yang mengamatinya berasa ketenangan…

Yang melawatinya berasa kebahagiaan…

Tanpa turut sama berasa,

Hibanya nil dalam lautan kesedihan…





Nil tak ingin menangis lagi,

Tubuhnya kini sudah cukup basah dengan linangan air…

Dan cukuplah kini ia sedar,

Ada sepohon tamar yang sentiasa lebat bersama buah dan daunnya…

Yang tak pernah jemu berada di sisi nil,

Tertanam di birai muara hatinya…



Biarpun pohon tamar itu tidak bisa mengerti,

Akan tetapi nil tersebut amat terharu dengan kesetiaan si pohon…

Ia tak pernah menghilangkan diri,

Ia sentiasa terpacak akrab di sisi nil…



Nil ingin berterima kasih,
Buat si pohon tamar yang sentiasa ceria menenangkan hati…
Biarpun sekadar lambaian pelepah halus dan helaian daun,
Terima kasih..terima kasih..terima kasih,
biarpun tak mengerti…

Terima kasih !!



—-

Pohon tamar yang lebat bersama buah dan daun..adalah persis jemaah yang dikirim Allah taala dengan sahabat-sahabiah yang sentiasa berusaha menanam husnuzon dan sokongan ke dalam diri ini..biarpun bukan melalui wang, masa yang diluangkan ataupun kata2 semangat..cukupla dengan senyuman dan doa yang dipanjatkan ..


doakan diri ini berhijrah kerana Allah, benar2 keranaNYA.. diri ini sedar telah melakukan banyak kekhilafan sebelum ini, maafkan diri ini atas segala kekurangan & kedhoifan..berikanlah diri ini peluang untuk berhijrah..

izinkan aku ya Allah!


Btw: Antara yang menarik..pokok di pinggir sungai nil..tamar besar2 berubah kepada smaller shrubs. Manakala air dan pokok memang ada kesinambungannya yg tersendiri, sebagaimana nama Nabi Musa a.s sendiri diberi keluarga Firaun. “Mu” bermakna air dan “sa” bermaksud pokok sempena tempat penemuannya di tepi Sungai Nil oleh Asiah.


Nukilan asli oleh..



Bukan Cinta Sempurna

Kita manusia tidak akan lari dengan jatuh cinta..setiap manusia dianugerahkan hati dan perasaan yang cukup indah

untuk mencintai dan dicintai..

dan adakah kita sedar sebelum kita mencintai ada sesuatu yang lebih mencintai kita..

Dan..kalau tidak ada cinta bagaimana kita boleh terlahir didunia yang cukup indah untuk merasa nikmat cinta..

kita mencintai manusia sememangnya fitrah kita dilahirkan begitu..tetapi..kita dikawal oleh cinta MAHA PENCIPTA..

Adakah kita sedar selama ini cinta kita belum sempurna..

manusia akan memerlukan pasangan apabila tiba waktu dan masanya..

semua akan merasa..

disebalik kita mengecap perasaan cinta sesama manusia…ada sesuatu yang CEMBURU…

KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU..

kenapa KEKASIH AGUNG sedang cemburu..

apa kita sudah lakukan…

adakah kita sedar yang kita lahir dari perasaan cinta MAHA PENCIPTA sehingga kita dilihat cukup hebat oleh makhluk lain..

IBLIS LAKNATULLAH..cemburu dengan kejadian manusia.MENGAPA CINTA KITA TIDAK BOLEH SEMPURNA…

adakah termakan dengan kata2 iblis…

kenapa kita jadi manusia yang tidak mengenang budi terhadap PENCIPTA….

CINTA KITA XSEMPURNA LAGI….

Friday, December 9, 2011

pencinta buku : bacalah buku berulang kali..

Membaca kisah para Nabi dan para salafus soleh yang terdahulu merupakan salah satu daripada pembacaan yang cukup bermanfaat, kerana dengannya kita dapat mengambil teladan dalam menjalani kehidupan seharian. Meskipun mereka telah lama meninggalkan kita.

Ketika membaca sebahagian kisah ulama Islam di dalam buku-buku yang saya telaah daripada muka surat ke muka surat, antara perkara yang cukup menarik hati saya dan membuatkan saya takjub adalah apabila membaca tentang ulama yang mempunyai hafalan yang cukup menakjubkan; di mana di antara para ulama Islam ada yang membaca sebuah buku dengan sekali bacaan sahaja mampu menguasai dan menghafal apa yang terkandung di dalam buku berkenaan.

Suka untuk saya mendatangkan satu contoh di sini, sebagaimana yang dinukil dalam sebuah buku yang bertajuk Keajaiban Hafalan Bimbingan Bagi Mereka Yang Ingin Menghafal Al-Qur'an yang diterjemahkan daripada sebuah kitab arab karya Abdul Qoyyum bin Muhammad bin Nashir As-Sahaibani dan Muhammad Taqiyul Islam Qaariy, bahawa telah berkata Jamaluddin As-Sarmadi: "Di antara keajaiban pada masa ini dalam masalah hafalan adalah Ibnu Taimiyyah. Dahulu, dia menelaah satu kitab sekali sahaja, maka telah terpateri di dalam benaknya." Sememangnya kemampuan yang dimiliki oleh Ibnu Taimiyyah itu adalah satu perkara yang menakjubkan bagi saya.

Sebagai seorang yang minat membaca, saya selalu berharap saya mampu menguasai apa yang terkandung dalam buku dengan hanya sekali bacaan sahaja, sebagaimana sebahagian ulama pada zaman dahulu. Saya percaya, di luar sana tidak sedikit daripada kalangan pencinta buku yang mempunyai keinginan yang sama seperti saya.

Namun, hakikatnya diri saya hanyalah insan biasa, bukanlah genius dan sedemikian hebat; mampu menguasai isi yang hendak disampaikan dalam sebuah buku dengan sekali bacaan semata-mata. Terkadang selepas membaca sebuah buku, saya seakan-akan tidak begitu ingat apa yang telah saya baca, bak kata orang 'masih kabur'. Mungkin anda pun memiliki masalah yang sama.

Namun itu bukanlah penghalang untuk saya untuk terus membaca dan membuat saya putus asa sehingga berhenti membaca.

Adalah menjadi kebiasaan saya sebelum ini, apabila telah selesai membaca buku dengan sekali bacaan, maka saya tidak akan mengulangi untuk membaca buku berkenaan daripada muka surat pertama sehinggalah ke muka surat yang terakhir, kerana saya beranggapan perkara itu adalah perbuatan membuang masa. Itulah sikap saya sebelum ini. Satu "mind set" sebenarnya perlu dinilai semula.

Baru-baru ini saya membaca sebuah buku bertajuk Kelebihan dan Keutamaan Menuntut Ilmu, yang asalnya sebuah kitab arab bertajuk Kaifa Tatahammas Li Thalabil 'Ilmisy Syar'ie karya Abul Qa'qa Muhammad bin Shalih, kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Di dalam buku berkenaan dimuatkan 102 metode bagaimana untuk memotivasikan seseorang dalam menuntut ilmu syar'ie yang dicedok daripada kehidupan para ulama Islam.

Antara perkara yang saya dapat jadikan iktibar daripada buku berkenaan, kejayaan tidak akan datang bergolek dan manusia tidak akan memperolehi ilmu dengan bersenang-senangan. Apatah lagi bermalas-malasan.

Sebagai mana kata-kata seorang ulama, ilmu itu tidak akan diperolehi dengan tubuh yang bersenang-senangan dan bermalasan-malasan.

Sekiranya ingin menguasai apa yang terkandung dalam sebuah buku, maka kita tidak boleh bosan untuk membaca sebuah buku berulang kali. Usaha membaca berulang kali perlu dilakukan, barulah apa yang kita baca dapat kita kuasai dan fahami dengan sebaiknya. Inilah yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.

Saya percaya, di luar sana ada ramai sudah maklum dan faham perkara ini dan tidak perlu untuk saya beritakan. Namun, bukanlah tujuan utama saya untuk memberitakan yang sedemikian, tetapi yang pertama sekali, saya tujukan penulisan ini buat diri saya sendiri. Semoga saya tidak mudah melupakannya.

Insya-Allah, seterusnya saya akan sebutkan sedikit contoh mengenai sikap para ulama dalam usaha membaca sebuah kitab berulang-ulang kali.

Abul Qa'qa Muhammad bin Shalih menyatakan dalam bukunya Kaifa Tatahammas Li Thalabil 'Ilmisy Syar'ie: Imam an-Nawawi ketika menulis biografi Imam Abdul Ghafir bin Muhammad Al-Farisi, telah berkata: "Al-Hafiz al-Hasan as-Samarqandi membaca Sahih Muslim lebih daripada 30 kali. Dan Abu Sa'id Al-Buhairi membaca Sahih Muslim di hadapannya lebih daripada 20 kali."

Disebutkan lagi dalam buku berkenaan, seorang ulama yang bernama Abu Bakar al-Abhari, telah membaca kitab Mukhtasar Ibnu Abi Hakam sebanyak 500 kali, As-Asadiyah sebanyak 75 kali, Mukhtasar al-Barqi sebanyak 70 kali, Al-Mabsuth sebanyak 70 kali dan Al-Muwaththa karya Imam Malik sebanyak 45 kali.

Dr. 'Aid Abdullah al-Qarni menyatakan dalam kitabnya Miftahun Najah yang telah diterjemahkan dengan tajuk Kunci Kejayaan Minda, seorang alim daripada Andalusia telah mengkhatamkan bacaan Sahih Bukhari sebanyak 700 kali dan anak murid Imam Asy-Syafi'e, iaitu Al-Muzani telah mengkhatamkan bacaan kitab Ar-Risalah karya gurunya itu sebanyak 500 kali!

Sekian sahaja penulisan yang serba ringkas ini, semoga ia akan memberikan manfaat terutamanya kepada diri saya sendiri, seterusnya kepada anda yang membaca penulisan ringkas ini.

Akhir sekali saya tinggalkan anda dengan kata-kata seorang bloggers wanita daripada jomsewabuku.blogspot.com dengan katanya: "Saya ingin anda membaca dan terus mengulangi dan mengulanginya sehinngalah buku itu lusuh!"

Wallahu'alam.

Friday, December 2, 2011

Novel ....

Bismillahirrahmanirrahim..

today saya nak cerita sikit pasal habi saya dimasa lapang.. nak tahu ape hobi saya.. mesti la ada kaitan dengan tajuk entri saya hari ni.. ok la hobi saya sama dengan remaja2 perempuan diluar sana iaitu suka baca novel.. daripada sekolah rendah sampai sekarang saya memang minat sangat baca novel.. mungkin turun daripada ibu saya kot.. dekat dalam bilik saya ada banyak novel.. sebenarya tak ada la banyak mana pun.. tapi ok la daripada tak ada novel langsung kan..




sekarang satu malaysia tengah heboh pasal filem ombak rindu..macam jadi fenomena pulak.. saya pun nak la cerita sikit pasal novel ombak rindu.. sebenarnya saya tak layan novel macam tu.. tapi ada satu hari tu saya tanya la ibu saya.. " ibu2, ibu rasa ada tak kedai buku jual novel ombak rindu lagi?? ".. ibu saya jawab tak tahu.. tiba2 ibu kata ibu saya ada novel ombak rindu.. pastu saya pergi la cari.. pastu jumpa, saya pun baca la novel tu.. baca punya baca dah habis.. saya baca dalam masa satu hari je.. perangai saya kalau saya dah baca novel memang saya tak layan benda lain termasuk la faceebook and twitter.. lepas habis baca novel ombak rindu.. tiba2 ibu saya kata novel tu ade sambungannya.. saya pun pergi la cari pastu jumpa.. tajuk dia cinta ... tiada akhirya.. novel ni pun saya baca dalam masa satu hari.. dah habis baca tu ingatkan dah habislah la kisah rumahtangga antara Hariz dan Izzah.. rupanya tak lagi.. ada sambungannya lagi.. saya cuba la tanya ibu saya kot2 novel satu lagi tu ada.. tapi ibu saya pun tak tahu yang sebenarnya ada sambungannya lagi.. dalam hati saya, saya kata kenapa la panjang sangat cerita ni dan kenapa la ibu tak ada novel yang ke 3 tu.. kalau tak silap saya novel yang ke3 tu tajuk dia rindu cintaku.. tapi tak apa la kalau tak baca novel tu.. sebab dengar cerita orang kata novel happy ending jugak.. dekat bawah ni ada gambar2 novel yang saya sebutkan tadi.. tapi saya rasa filem dengan novel ada yang lain sikit kot..



ni novel yang first sekali..



ni yang second.. sambungan daripada ombak rindu..



haa.. ni yang akhir sekali.. sambungan daripada cinta .. tiada akhirnya.. buku ni la yang saya tak ada tu..

sampai sini sajalah untuk hari ni.. jari jemari saya pun dah penat sudah.. sampai ketemu kembali...

ASSALAMUALAIKUM..

Thursday, December 1, 2011

Trip To Terengganu Darul Iman

Bismillahirrahmanirrahim..

Pembuka Bicara..

jam sudah menunjukkan tepat pukul 12 malam.. tapi mata masih lagi tak mahu tutup..
ok la.. sebab saya tak ngantuk lagi jadi saya mahu berkongsi la sikit citer pasal holiday saya.. tahun ni seperti tahun sebelum ni, hujung tahun mesti pergi holiday kat sebelah pantai timur iaitu di negeri terengganu.. pergi hari sabtu minggu lepas.. bertolak dari rumah lepas asar.. sampai je di genting sempah tiba2 je jalan sesak ingatkan ade accident.. rupe2 nye orang baiki jalan.. time mula bagi tahu kat ibu nak pergi terengganu banyak kali jugak fikir.. nak pergi ke tak nak.. maklumlah bulan 11 mesti negeri2 pantai akan banjir.. last kali bagi tahu kat ibu pergi jelah.. sebab ibu dah kata naik tahun depan dah tak boleh jalan kemana-mana sebab tahun depan dah nak pekse PMR.. #mengerunkan.. tepat pukul 9.30 malam dah sampai di kuantan.. malam tu tidur kat rumah mak long.. esok pagi nya(hari ahad) dalam pukul 9 bertolak pula ke terengganu.. dalam perjalanan sempat la jugak menikmati permandangan yang sangat indah.. indah sungguh ciptaan Allah.. masa sampai je kat marang tengok la ombak.. memang kuat ombak.. takutnya.. dah la resort yang saya tinggal tu dekat dengan pantai.. tepat pukul 12 tengahari dah sampai kat kuala terengganu.. sampai2 terus pergi ke pasar payang.. dah lepas jalan2 pergi la ke batu rakit.. sebab resort saya kat batu rakit.. lepas check in masuk bilik solat pastu terus tidur.. lepas asar keluar la pergi jalan2 dekat airport.. pastu pergi la ke pantai ape tah.. tak ingat la nama pantai tu tapi dekat dengan airport la.. pastu cari kedai makan nama ict pok long.. puas la nak cari.. cari punya cari jumpa ict bad.. pastu ibu suruh cari kat depan lagi.. masa tu puas la fikir ape kena mengena ict dengan ikan celup tepung.. bila fikir balik rupanye ict tu ikan celup tepung.. akhirnye jumpa jugak ngan ict pok long.. punye la ramai orang kat kedai tu.. malam tu tengok la bola melaysia lawan bahrain.. memang dah tahu sape pemenang nye.. keesokkan pagi pergi la pasar payang.. pasar payang lagi.. semalam pergi tengok2 je hari ni time untuk shopping.. memang best la.. nak tahu ape saya beli.. tentulah saya beli kain sutera.. sama dengan my sister.. ayah saya beli kain songket ngan baju batik.. ibu saya tak beli ape2 sebab ibu kata ibu dah banyak baju dah.. dah habis shopping balik resort.. dalam pukul 2 petang check out dari hotel.. sebelum balik beli dulu keropok lekor.. memang wajib kena beli.. sampai kat kemaman singgah kejap dekat kedai aziz satar.. unik kan nama tu.. tapi bukan kedai aziz satar yang pelakon tu tau.. satar kat sini memang sedap.. masa kat highway kereta semua amik lorong kanan.. memang laju betul la.. dalam pukul 12 malam sampai la di rumah...
itu sajalah coretan bagi hari ini.. selamat datang bulan disember.. akhir kalam.. assalamualaikum..

Cuti Sekolah and Laptop

Cuti sekolah sangat bosan bagiku.. tak ada aktiviti nak buat.. hari2 duduk depan tv tgk tv.. kalau dah bosan bukak novel.. kalau dah bosan bace novel bukak buku atlas.. memang bosan.. dah la dekat rumah tak ade sape2..kalau ade abang boleh jugak kacau dia.. nak keluar.. memang tak berani la.. nak online pun tak boleh.. mana tak bolehnyer.. laptop asik buat hal je.. kejap2 antivirus hilanglah, pastu ade virus la.. geram nyer.. bile hantar kat kedai ingat dah ok.. mesti la ok kan kalau kena bayar RM 50 hinggit.. rupe2 nyer tak.. last sekali hantar kat kawan ibu baru ok..

Sandiwara Dunia Blogging

Blogger A: Ish, tak boleh jadi ni, semakin hari semakin ramai follower dia. Blog aku pun Islamik jugak, tapi kenapa blog dia lebih dapat sambutan? Menyampah aku. Dah lah ramai orang komen blog dia, menyampahnya! Sakit hati aku! Macamlah dia bagus sangat! Aku kena buat sesuatu.

Blogger B: Alhamdulillah, semakin ramai yang follow, harap yang follow tu dapat manfaat. Eh, ada komen baru. Ha, apa orang ni tulis ni. Astaghfirullahal 'azim. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Luputkanlah hasad dengki manusia terhadap aku. Amin.

"Salam. Wei, penulis blog, kau ingat blog kau bagus sangat ke ramai follower, ramai orang komen. Blog je Islamik padahal orang bukan Islamik sangat pun. Ikhlas sikit kalau menulis tu. Hipokrit punya orang! Blah la, menyampah aku dengan kau ni."

***

SISI PUTIH: Hey you!

SISI HITAM: What?

SISI PUTIH: What are you doing?

SISI HITAM: What? Who are you?

SISI PUTIH: Yela, tukar, tukar. Cakap BM pula. Ha? Siapa saya? Saya adalah awak, awak adalah saya.

SISI HITAM: Eh, apa pula dia adalah kau, dia adalah aku. Eh, budak, nama kau sape dah, tak ingat pula aku.

(Putih + hitam = kelabu = neutral )

SISI KELABU: My name is Ali.

SISI HITAM: Ceh, speaking, padahal nama tak komersial langsung.

SISI PUTIH: Apa kena dengan awak ni, nama Ali tu punya maksud yang baik. Yang tinggi. Biar semakin tinggi keimanan, semakin tinggi kesolehan. Sahabat Nabi S.A.W pun ada nama Ali.

SISI HITAM: Ahh! Ni apesal cakap pasal nama pula. Eh, Whitey, apehal kau jerit-jerit dekat budak ni tadi?

SISI PUTIH: Ni ha Blackie, tengok apa dia komen dekat blog orang. Tak puas hati dengan blog orang yang punya follower ramai, komen banyak. Saya nak cegah perkara buruk. Ni boleh merenggangkan ukhuwah.

SISI HITAM: Hahahaha. Memanglah, dia buat macam tu sebab ikut cakap aku. Bagus anak didik aku ni. Pergi blah la kau. Dia milik aku. Hahahaha.

SISI PUTIH: Memang hitam la awak ni, ambik ha, straight to the point. Kalau jahat tu, memang jahat la juga, lagi straight to the point. Aww, tak baik tahu. Saya nak selamatkan dia daripada awak. Ali, awak ok? Are you ready, bebeh?

SISI KELABU ALI: What the...huh?

SISI HITAM: Kau nak buat apa?

SISI PUTIH: Awak shut up, Blackie. Ok my baby, you're ready. Let's get into our lesson, hayya nabda'!

***

Kenapa Perlu Dengki?

Wahai Ali...

Kenapa perlu dengki? Kenapa perlu dengki dengan blog orang lain? Awak dengki dengan blog orang lain yang ada follower ramai? Awak dengki tengok blog dia ramai yang komen? Dan tidak seperti pengomen blog awak? Awak dengki tengok blog dia lebih Islamik berbanding blog awak? Awak dengki tengok dia pandai menulis tetapi awak tidak? Awak dengki.

SISI KELABU ALI: Dah..sudah! *menangis*

Awak jangan tipu diri awak. Awak sudah tahu agama, tetapi kenapa buat begitu. Blog dia bagus, dia berdakwah melalui blog.

Kenapa awak perlu dengki?

Blog awak pun bertemakan dakwah juga, jadi kenapa awak perlu dengki? Melainkan...

SISI KELABU ALI: Melainkan apa?

Melainkan awak menulis bukan kerana Allah S.W.T.

***

Untuk apakah penulisanmu?

Wahai Ali...

Untuk apakah penulisanmu?

Awak masuk dunia blogging ini untuk apa? Untuk tunjuk awak ada banyak ilmu ke, selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada awak, awak tidak puas hati?

Awak jadi blogger kerana hendak tunjuk blog awak ramai pengunjung, ramai yang komen dan puji setiap post awak, ramai yang singgah, selepas itu apabila tengok blog lain lagi maju daripada awak, awak tidak puas hati?

Awak menulis itu kerana hendak tunjuk awak seorang alim, baik dan selepas tengok blog orang lain lebih alim, lebih baik daripada awak, awak tidak puas hati?

What's wrong with you?

Untuk apakah penulisanmu?

Jika itu tujuan awak, saya nasihatkan awak berhenti daripada menulis. Buang masa awak sahaja. Awak pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat. Awak menulis untuk berdakwah. Kononnya, betul ke?

Lagi sekali, awak jangan tipu diri awak. Jika niat awak tidak betul, berhentilah. Sia-sia sahaja. Penat sahaja awak dapat.

Wahai Ali...

Seharusnya awak rasa berbangga ada blog lain yang sama tujuan dengan awak. Niat murni hendak membangunkan Islam. Niat murni menulis untuk mengetuk jiwa-jiwa yang adakala lalai dan lupa. Yang menulis kerana inginkan keredaan Dia.

Jika awak masih tidak dapat buang hasad dengki awak itu, dan hasad dengki awak itu tidak dapat menjadikan awak lebih baik, saya betul nasihatkan awak. Berhenti sahajalah. Lebih baik awak buat sesuatu yang lain.

SISI KELABU ALI: *terasa* *hatinya menangis* *pedih*

***

Menulislah Hanya Kerana Dia.

Wahai Ali...

Saya cakap ini kerana saya sayangkan awak. Cuba awak lihat semula hati awak. Pernah awak tanya diri awak?

Awak menulis untuk apa?

Untuk dapat follower ramai?

Untuk dapat komen terbanyak?

Atau memang untuk mereka mendapat manfaat?

Pernah awak tanya diri awak semua itu?

Lagi, awak menulis untuk siapa?

Awak selalu kata kerana Allah S.W.T. Mulut dan tulisan awak kata untuk dakwah, hati awak bagaimana? Pernah awak tanya?

Jika betul kerana Allah S.W.T, kenapa perlu awak dengki? Awak renung kembali, untuk apa penulisan awak?

Apabila Allah S.W.T tanya, awak hendak jawab apa? Hanya setakat basa-basi di dunia, atau awak sedar bahawa inilah pelaburan jangka panjang awak?

Wahai Ali...

Perbetulkan niat awak. Muhasabah diri awak kembali. Menulislah kerana Allah S.W.T. Apabila benar hati awak berkata menulis kerana Allah S.W.T, tidak akan pernah terdetik rasa dengki di hati awak.

Riak dengan tulisan awak pun tidak. Jika awak menulis kerana Allah S.W.T, apabila post awak dipuji, kembalikan pujian tu kepada-Nya kerana Dia yang bagi ilham kepada awak. Kalau Dia tidak beri idea dan buah fikiran, awak tidak boleh tulis walau satu patah perkataan pun.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah S.W.T dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerana Allah S.W.T.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, awak pasti akan tumpang gembira apabila melihat blog Islamik lain dapat sambutan.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak tidak ramai follower dan tidak ramai yang komen, awak akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya awak berusaha.

Jika benar awak menulis kerana Allah S.W.T, walaupun blog awak sedikit pengunjung, awak tetap tidak akan putus asa, kerana awak benar-benar ikhlas menulis, awak benar-benar menulis setiap patah perkataan untuk mengingatkan manusia dan diri sendiri.

***

Ketuk Hati Tanya Iman.

Wahai Ali...

Menulislah dengan penuh rasa ketaqwaan, tawaduk dan rendah diri. Suatu masa nanti, apabila awak akan kembali kepada-Nya, awak akan ditanya, untuk apakah tangan awak itu?

Menulis setiap entri blog dengan niat kerana Allah S.W.T atau pun niat kerana perkara yang lain?

Suatu saat nanti, awak akan ditanya, untuk apa penulisan awak. Untuk apa masa yang awak pertaruhkan saat duduk di hadapan laptop dan melarikan tangan di atas keyboard?

Wahai Ali...

Awak cukup bertuah. Punya peluang berdakwah melalui warkah bisu. Warkah bisu inilah pelaburan jangka panjang awak dan semakin bertambah nilainya andai dilakukan atas niat yang benar dan hati yang penuh ikhlas.

Awak cukup bertuah. Tidak ramai yang menggunakan teknologi kini betul-betul untuk perkara Akhirat, dan kini awak yang punya kesedaran, kenapa dipesongkan niat asal awak?

***

Wahai Ali...

Selagi hayat masih ada, pergunakanlah peluang awak sebaiknya. Menulislah kerana Dia. Sokonglah blog Islamik yang lain kerana Dia. Awak punya masa untuk berubah. Berubahlah. Ubah niat awak. Ubah hati awak ke arah yang lebih baik. Ke arah jalan yang betul.

Menjadi seorang penulis itu bukan hanya tahu memberikan pandangan dan pendapat sahaja sedangkan pada hakikatnya hati sendiri tidak terpandu kepada tuntutan Iman.

Menjadi seorang penulis itu bukan hanya pada tulisan yang jelas menunjukkan cahaya sedangkan hati sendiri gelap gelita. Tetapi biarlah menjadi seorang penulis, yang semakin menulis semakin dirasakan sedikit ilmunya hingga menuntut untuk terus mencari ilmu dan meningkatkan amalan.

Biarlah menjadi seorang penulis yang semakin membicarakan persoalan Iman, semakin hatinya lembut dan jiwanya tunduk. Hanya mengharapkan rahmat dan keredaan Allah S.W.T agar apa yang ditulis benar hanyalah semata-mata kerana Dia dalam wasilah penyebaran dakwah dan apa yang ditulis inilah yang akan menolongnya di Akhirat sana.

Wahai Ali...

Carilah Akhirat dalam dunia.

***

"Blogger B, maafkan saya, tak sepatutnya saya cakap macam tu dekat awak. Penulisan awak bagus, teruskan ye! Ma'annajah!"

SISI KELABU ALI: *senyap* *benar-benar menangis* *hatinya pedih* *benar insaf*

SISI PUTIH: Ali? Awak dengar tak apa yang saya cakap?

SISI KELABU ALI: *diam*

SISI PUTIH: Ali? Baby?

SISI KELABU ALI: Huwaaaaa!!!!

SISI HITAM: Eh, ni kenapa ni, kacau aku tidur je. Kenapa pula budak Ali ni nangis? Eh, Whitey kau buat apa dengan budak ni.

SISI PUTIH: *senyum* awak tanyalah dia.

SISI KELABU ALI: Ali dah insaf. Sob, sob *mengesat air mata*

SISI HITAM: Insaf apa pulak ni. Hati aku rasa tak sedap dah ni.

SISI KELABU ALI: Ali tak nak dengar cakap Blackie. Ali nak dengar cakap Whitey.

SISI PUTIH: Hehe. Awak dengar tu Blackie, Ali dah jadi anak murid saya. Tu baru kena basuh sikit tu.

SISI HITAM: Wei, kau buat apa. Ali, ikut Blackie la.

SISI KELABU ALI: Tak nak jugak, huh! *paling muka arah lain*

SISI HITAM: Ali, ikutlah Blackie, Whitey salah, dia hasut Ali tu.

SISI KELABU ALI: Ali kata tak nak! Tak nak jugak!

SISI HITAM: Ok, fine! Menyampah. Asyik aku je kalah. Ni yang aku angin ni. Fed up aku kalau hari-hari macam ni. *beredar*

SISI PUTIH: Good kid.

***

Sisi hitam tidak akan pernah henti memujuk rayu dan menghasut mengganggu sisi putih yang suci bersih. Jangan biarkan diri dalam kekeliruan tujuan dan matlamat. Perbetulkan niat.

Wahai penulis, menulislah bersama hati sisi putih. Gapai keredhaan-Nya dengan setiap patah perkataan warkah bisu yang ditaip. Carilah Akhirat dalam dunia, dirimu pasti beruntung.

Buat hanya kerana Dia. Sematkan dalam hatimu. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Hanya kerana Dia. Cari redha Dia dengan ilmu, idea dan ilham yang juga milik Dia. Kelak pasti dirimu bahagia.

-Artikel iluvislam.com

Wednesday, November 9, 2011

SEKOLAH...

assalamualaikum..

selamat petang.. hari ini saya nak citer pasal program sepanjang minggu terakhir sekolah.. semalam ada hari kemuncak koko.. mula2 bosan sangat pastu tiba2 bahriah datang dia cakap cikgu cari dua orang untuk tolong susun hadiah.. sebab dah tak ade yang nak, saya dengan shazieka pun pergi la.. masa kat depan tu takut sangat.. padahal bukan buat apa pun cuma susun hadiah je kot.. dah lepas habis hari kemuncak koko.. masuk la dewan makan baru.. mula2 sajer tengok wanie dengan arifa buat ice blended.. pastu tiba2 asistant diorang cabut saya pun tolong la.. masa tu jeles sangat tengok orang minum air tu.. kalau ikutkan nak jer minum.. tpi bila fikir balik kalau minum ice blended tu bila pulak nak baik batuk ni..


ni saya nak citer pasal hari ni punya citer pulak..
pagi tadi ade jamuan akhir tahun untuk kelas.. saya bawak la kek.. sajer nak bagi kek tu nampak hebat pakai la beg kertas secret recipes.. pastu ramai yang percaya yang kek tu saya beli dekat secret recipes.. padahal kek coklat yang ibu saya buat je.. jangan berangan la kalau nak suruh saya beli, pokai la kalau nak beli.. selain kek ade la nasi tomato tempah dengan mak aisyah yang.. nasi dia punya la banyak pastu ayam dia punya la besar.. memang penat la nak habiskan.. alhamdulillah jamuan berjalan dengan lancar walaupun matun, aina dan nayli tak ade..

sekianlah coretan saya pada hari ini..
assalamualiakum..

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha

Salam aidiladha buat seluruh umat islam di seluruh dunia..

raya tahun ni tak best sangat sebab saya tak dapat pergi solat sunat pagi tadi sebab

demam,batuk dan selsema yang teruk.. apa pun pagi tadi ibu masak rendang sedap sangat

walaupun deria rase tu kejap ade kejap tak ade.. tapi itu mungkin kerana Allah hendak

menguji diriku ini..

ok la, last ucapan saya nak cakapkan ialah selamat hari raya haji untuk abang,

jangan sedih2 kat perantauan.. habislah la cerita pasal raya haji...

yang ni saya nak citer pasal semalam punye citer..

citer dia macam ni.. semalam saya ikut la ayah saya pergi beli bateri kereta kat

serdang.. pastu masa dalam perjalanan nak pulang ke rumah tu berhenti la kat

satu lampu isyarat ni( memang la kena berhenti sebab masa tu lampu merah) tengah

tunggu lampu nak hijau tu.. tiba2 ibu saya kata: ala2, cube tengok tu..

saya pun cube cari ape yang ibu tunjuk tu.. rupenya ibu tunjuk orang tengah campak

kulit dengan bijik buah rambutan dekat luar kereta.. masa tu geram nye dengan

sikap orang tu... orang tu boleh campak kulit rambutan dengan rase tak malu nye..

punya la nak siape punya kerja tu.. saya pun suruh la ayah saya potong kereta

orang tu.. nak tahu siapa yang buat kerja tu?? ade la.. tak boleh bagitau..

yang pasti bukanlah orang islam yang melakukanya.. kalau kita nak buang sampah

buang lah ditempat yang sepatutnya.. ok la tu saja untuk hari ni.. assalamualikum..

Thursday, November 3, 2011

Islam Berkembang Pesat Di Jerman

Di antara kenangan manis sepanjang saya ke Eropah beberapa bulan yang lalu ialah melihat perkembangan pesat Islam di benua tersebut.

Jumlah muslim di Eropah meningkat dari hari ke hari. Salah satu saluran TV Germany mengatakan bahawa dari tahun 2006 jumlah Muslim di Eropah semakin meningkat. Setiap tahun lebih dari 5000 orang yang masuk Islam.

Pada 2009, ada 4.3 juta muslim yang ada di Jerman yang merupakan 5.4 % daripada keseluruhan penduduk. Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di seluruh dunia dan agama ke-2 terbesar di Jerman.

Sebahagian besar Muslim Jerman menetap di Berlin. Ada lebih 77 masjid yang besar di situ dan 25 buah lagi di Munich. Kebanyakan masjid direka dengan indah dan ada lebih dari 2500 tempat untuk orang ramai bersolat (surau).

Terdapat 200 lagi buah masjid baru akan dibina di seluruh Jerman. Foto di atas adalah sebuah masjid baru yang bersifat futuristik, kini sedang di dalam proses pembinaan di Enrehfeld, Cologne.

Pada 20hb April 2011 yang lalu, lebih 2000 orang tempatan telah menghadiri forum umum yang telah menjemput Dr Bilal Philip untuk berceramah secara terbuka di Frankfurt. Lebih menggembirakan apabila 17 orang warga German telah melafazkan syahadah. Sememangnya Islam mempunyai masa depan yang sangat baik di sini sekiranya berlaku dakwah dan pendidikan secara terancang berjalan baik.

'Hoffentlich bleibt der Islam in Europa und der ganzen Welt wachsen.'

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, October 5, 2011

Bergopoh-gapah

Gopoh-gapah atau isti'jal adalah penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat serta boleh meluputkan pahala segala kebajikan.

Menurut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dahulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan. Ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu.

Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu.

Impak Sikap Gopoh

Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput begitu saja. Dalam keadaan bergopoh-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya:

"Dan manusia mendoakan kejahatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11)

Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Warak Pokok Kepada Ibadat

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali, sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksanaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya. Taanni pula bermaksud, berhati-hati pada permulaan dan semasa melaksanakan sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajarnya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Rasulullah bersabda, maksudnya, "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengahwinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".

- Artikel iluvislam.com

Thursday, September 15, 2011

Wahai Sang Hati

Duhai hati...
Mengapa perlu engkau bersedih?
Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu?
Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu?
Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir?
Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti?
Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku?

Wahai sang hati...
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya,
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu,
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya,
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina.

Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu,
Tetapi Dia lebih mengetahui,
Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu,
Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu,
Hebatnya perancangan Rabbul Izzati.

Aduhai kalbu...
Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu,
Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya,
Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu,
Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu,
Malangnya tiba suatu masa,
Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi,
Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta.

Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya,
Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu,
Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu,
Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika,
Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu.

Wanita solehah idaman semua...
Untuk merealisasikannya bukan satu perkara yang mudah,
Tetapi ia sama sekali tidaklah mustahil,
Ayuh kita menjadi seindah mawar berduri


via iluvislam.com

Sunday, September 11, 2011

If the beloved were among us (lyric + translation)

Adakah Segalanya Milikku?

Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil oleh-Nya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberian-Nya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal?

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala).

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun dan berkata bohong? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua?

Bukankah sudah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w. agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita dicampakkan ke dalam neraka?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah? Memukul kawan? Menulis surat cinta? Mencuri ?

Mereka : Benar ustaz... ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menadahkan tangan meminta keampunan kepada-Nya? Menyatakan syukur terhadap-Nya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (Air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepada-Mu.. Aku sombong pada-Mu Ya Allah.....

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki).

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?

Mereka : (Menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaan-Nya? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkan-Nya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?

via Artikel iluvislam.com

Friday, September 9, 2011

Dunia dan Exam, Adakah Sama??

Menanti perubahan dan keajaiban berlaku...

Kenapakah kita sukar untuk menerima sesuatu perubahan diri untuk kebaikan kita?

Tidakkah terfikir akan kita bahawa masa itu sentiasa berjalan dan tidak pernah berhenti berdetik.

Waktu penentuan pula akan tiba tidak lama lagi, tetapi kita sudah terbiasa untuk menangguh dan mengharapkan keajaiban di penghujungnya, realitinya apa yang kita harapkan tidak terjadi.



Adakah kita ini dicipta untuk menjadi manusia yang gagal?

Atau kita sendiri yang menentukannya dan Allah sebagai pembenar atas segala tindakan kita sama ada tindakan kita itu berbentuk usaha atau pun hanya bersenang lenang menikmati arus dunia.

Sedangkan, masa pula berlalu bagaikan air yang mengalir. Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar terleka.

Lihat bahasa analogi yang dirumuskan di bawah ini:

Versi Dunia:
"Saya tunggu seru untuk 'study' sempena exam... matlamat lulus!"

Versi Akhirat:
"Saya tunggu hidayah untuk berubah sempena ke sana... matlamat Syurga!"

Kesimpulannya, usahlah menunggu, ayuhlah kita berusaha mencari seru dan hidayah itu. Nak lulus dan hendakkan Syurga... konsepnya sama sahaja.

Fikirkan apa penghalang kita untuk melakukan sesuatu seperti 'study' contohnya, begitu jugalah penghalang kita untuk melakukan perubahan. Tiada usaha tiada kejayaan.

"No pain no gain."

Berat rasanya kan? Semua antara kita mahukan kejayaan tetapi usahanya tidak kelihatan. Maka, fikir dan renungkanlah. Adakah kita ini dicipta sebagai manusia yang gagal atau sebaliknya?

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Apa guna adanya lulus dan gagal dalam peperiksaan?

Apa guna adanya Syurga dan Neraka untuk hamba-Nya?

"Sama-sama kita renung-renungkan."

via Artikel iluvislam.com

Thursday, September 8, 2011

Nak Jadi Baik Memang Lambat

"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ini memang saya tidak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"

Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.

"Masih ada sinar" Ustaz N menjawab pendek.

Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman Syurga ilmu. Marvellous!

Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."

"SMS masuk, Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.

"Terima kasih, Ustaz. Macam mana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"

Ustaz N tersenyum. "Pernah tidak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"

Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!

Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."

Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.

"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."

Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.

"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. Insya-Allah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita."

Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik:

Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmat-Mu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

-Artikel Iluvislam.com

Saturday, August 27, 2011

Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukursn dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih Hakiki.

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat Terawih
Apakah semuanya telah dimiliki.

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijab antara hamba dan Ilahi.

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan pada-Nya segala takdir.

via Pahrol Mohamad Juoi.. Solusi...

Friday, August 26, 2011

Bala Bertimpa-timpa ; Bahana 'Kesenorokan' Kita !


Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
Dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang....

Renungi bait-bait lirik lagu Berita Kepada Kawan nyanyian Ebiet G.Ade yang terkandung makna yang begitu mendalam. Dalam kita mempersoalkan di mana silap sebenarnya siri kejadian alam tidak henti-henti berlaku belakangan ini, apakah kita temui jawapan paling tepat untuk mengungkai segala yang berlaku? Daripada musibah yang datang secara halus sehinggalah yang paling takut dan cukup mengerikan. Yang pasti, semuanya amat menyakitkan, menyeksakan kehidupan, menggetarkan hati dan perasaan, jua merentap jiwa nurani kita.

Allah berfirman di dalam surah As-Syura ayat 30 yang bermaksud: "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu."

Setiap apa yang terjadi di atas muka bumi ini atas sebab tersendiri. Sudah tentu, kita tidak akan memohon kepada-Nya agar diturunkan bala dan musibah ke atas diri jua kepada masyarakat yang boleh mendatangkan kesengsaraan. Nauzubillah. Namun dengan apa yang sedang kita lakukan dan menjadi 'drama seharian' masyarakat ketika ini, kita lah yang menyeru bala Allah! Kita menghalalkan perbuatan maksiat dan zina, menyebarkan budaya keseronokan tanpa batas, melakukan segala larangan Allah dan paling menyedihkan kita mempopularkan jenayah bunuh apabila bayi yang terlahir dari benih zina dibuang merata-rata tanpa ada sedikitpun belas.

ILUVISLAM Bil 69 : ZINA UNDANG MUSIBAH

Thursday, August 25, 2011

Segan


Segan bila tangan lagi laju membuka laptop,
dari membuka kitab Allah, dan dari study.

Segan bila mata lagi seronok melihat cerita.

Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall,
dari melangkah ke masjid.

Segan bila mulut asyik bercerita, dari berzikir mengingati Allah.

Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu,
yang menyeronokkan jiwa,
berbanding mendengar ayat-ayat Allah.

Terasa segan,
bila ditimpa masalah atau musibah,
terus mencari manusia untuk mengadu,
bukannya DIA.

Segannya bila ada ujian, mulut laju merungut,
bukannya cepat-cepat menenangkan diri dengan kalimah Allah.

Bila dititipkan harapan,
Lebih mengikut kata hati,
Lebih menyebelahi kata nafsu,
Hanya bila harapan itu pudar baru mencari DIA,
Malunya bila rasa dah belakangkan DIA.
Oh, terasa segan.

Segan bila hati lagi laju mencari cinta manusia
Dari mencari Ilahi,
Segan bila diri diperingatkan tapi masih begitu.

Segan dengan Dia yang Maha Melihat,
Segan dengan Dia yang Maha Mengerti,
Segan dengan Dia yang Maha Memahami.
Segan dengan Dia yang Maha Pengampun!

Segan dengan dosa yang dilakukan,
Terasa bersalah dengan Dia.
Sedangkan diri tahu, Dia sentiasa ada.
Diri tahu Dia tak pernah tinggalkan hamba-Nya walau sesaat.
Tapi kenapa diri masih tegar melakukan kesalahan?
Oh, sebab diri ditaraf hamba,
Hamba yang sering leka dengan dunia,
Memang sering melakukan kesilapan demi kesilapan.
Tapi bukankah sifat Mukmin, mereka takkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?

Terasa bagaikan ada batu yang menghempap kepala. Sakit.
Ish, dah tahu rupanya begitu.
Tapi kenapa tidak mahu ambil pengajaran lagi?
Dan terasa segan.

Benar, diri bukanlah Maksum bagaikan baginda Rasulullah.
Diri adalah hamba, ditaraf hamba.
Yang di bawah dan yang terhina.
Tapi, kalau diri mengakui beriman
sudah tentu diri akan melakukan kebaikan.
Sudah tentu diri akan sentiasa membetulkan diri.
Sudah tentu diri akan selalu muhasabah diri.

Jadi,
Kalau terasa segan, bersyukurlah.
Hati dan perasaan tengah nak kembali pada yang Hak.
Jiwa masih lagi utuh untuk mengikat kata cinta pada Dia.
Allah sebenarnya tengah bagi peluang
Untuk diri bertaubat dan bertaubat lagi.
Gunakan kesempatan yang ada,
Kerana diri tidak tahu apakah ini nafas yang terakhir?

-Artikel Iluvislam.com

Hidup macam 'Rollercoaster'


Hidup itu memang bergelora,
Sebagai dugaan untuk manusia,
dalam mencapai keredhaan Tuhan,
Hidup itu ada naik dan ada turunnya,
Itu perlu untuk hidup yang indah.

Hidup itu memang bergelora,
Gelora ditangani bila hidup bermatlamat,
Perlunya Hidup kepada Matlamat,
Adalah ibarat perlunya kapal,
yang sedang berada di tengah laut bergelora,
dan pada malam yang gelap gulita,
kepada 'light house'.

Sungguh hanya ada dua pilihan,
Pilih hidup sekadar bertahan,
atau,
Pilih hidup untuk berjaya,
Namun untuk berjaya,
Hidup perlukan matlamat,
Pilihan Di Tangan Anda!

- Artikel iluvislam.com

Saturday, August 20, 2011

Mereka Yang Dagang


Mereka yang tetap pada Satu
Mereka yang berada di jalan yang lurus
Mereka yang berada di luar aturan dunia fana
Mereka itu akan berada dalam dagang
Mereka itu sedia
Dan sudi berada dalam dagang

Mereka yang dagang itu kelihatan pelik
Lain dari amalan biasa dunia kawalan
Menentang arus perdana
Terbalik dari normal ilusi minda
Keluar dari sistem ciptaan dunia

Mereka yang dagang itu bebas
Mereka yang dagang itu tidak gentar
Biarpun berdiri bersendirian
Sebenarnya mereka tidak bersendirian

Mereka yang dagang itu kelihatan salah
Meski sebenarnya benar
Mereka itu orang yang sabar
Merka yang dagang itu
Awalnya sedikit, akhirnya banyak
Yang bersedia untuk dagang itu sedikit

Mereka yang dagang itu akan bangkit
Mereka tahu dan yakin
Dagang itu akhirnya akan hilang dagangnya
Itu janjinya.....

Solusi.........

Tuesday, August 16, 2011

Pesan Atuk




Pesan Atuk
jika kepala mulai dipenuhi uban
itu tandanya mengidap penyakit tua
yang tak berubat
maka taubatlah sebelum terlambat
sebelum nafas tersumbat

Pesan Atuk
jika matahari sudah tinggi
namun masih dalam selimut bermimpi
itu tandanya sengaja menolak rezeki
maka berusahalah bangun sebelum
tubuh lemah

Pesan Atuk
jikaa dikurniakan banyak harta
namun tidak pandai menguruskannya
itu tandanya mengundang celaka
maka lebih baik bermohon kepada Tuhan
agar diri menjadi miskin
tentu akan kaya kebahagiaan.

solusi..

Saturday, July 30, 2011

Hajat Pada Ramadhan


Sehabis Syaaban maka bermula
suatu bulan penuh bermakna
bisakah dosa-dosa dihabur
seraya pahala dihadam lumat
hias cantik taman rohani
bentuk semula jati diri
berdiri teguh tiang seri.

Bertambah para budiman
petunjuk benar keberkatan
di dalam bulan Ramadan
bicara segenap umat
betapa fokus berkisar ibadat
kiranya Ramadan saja
adanya peluang untuk berbakti
pada empunya galaksi.

Kesedaran akan syahdunya Ramadan
bertambah sayu bila disingkap
ingatan pada saat diturunkan al-Quran
setelah diperintahkan iqra itu
terbukalah jalan yang hanya satu saja
di dalam golongan 73 itu akan sampai.

Malam al-Qadar menyimpan rahsia
menjadi saksi perlakuan hamba
yang bermimpi alangkah rugi
dayung ibar-ibar dari sekarang
agar sampai ke seberang
perlahan dan tenang.


berita minggu 31 julai 2011.

Friday, July 29, 2011

Analogi Sebatang Pokok


Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.

Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.

Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.

Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.

Bicara Kata

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...



Note: lagu ini merupakan lagu favorite sahabatku, Nor Halimatun Syahidah. Lagu ini sedap sangat walaupun dah lama.

Saturday, July 23, 2011

Air Mata Gaza




Daerah berdarah itu
Dipencil dan dipenjara
Sedang warga dunia
Berpesta menghirup udara peradaban
Anak-anakmu Gaza
Mengutip sisa-sisa kelukaan
Menahan derita kelaparan
Menelan maksud kebuluran
Dengan lidah kelat dan kering

Di pinggir Gaza
Pelabuhan menjadi sepi
Tiada kelasi mundar-mandir
Dermaga terbungkam sunyi
Menyaksikan lautan kehilangan warna
Darah mengalir antara dentuman senapang
Tanpa semboyan amaran
Peluru dilucutkan menggila
membidik sasaran kaku
Tubuh-tubuh syuhada
Terbujur rebah bergelimpangan
Disambut ratapan keluarga
Dan sanak saudara tercinta
Betapa mudah sang durjana itu
Memadam nafas manusiawi
Merntap nadi yang berdenyut
Dengan penuh kelicikan
Tipu helah abadi.

Wahai Islamku
Dengan qunut nazilah
Atau harapan si Imam Mahadi
Keazaman bukan sekadar
melafaz syahadah
Tetapi mengisi benteng iman
Dengan senjata Mukmin
Sisipan amali sains
Kaca mata kecelikan teknologi
Mentaksir godaan dan dugaan Zionis.

Buku Solusi isu No.33 .

Monday, June 13, 2011

TEMPE

Dalam kehidupan kita, tidak semua yang kita rancang menjadi. Lihat sahaja bagaimana kisah si pembuat tempe ini. Pada suatu hari tempe yang dibuat tidak menjadi. Tempenya memang menjadi kesukaan ramai. Dia sangat sedih kerana pada hari itu dia tidak mampu untuk membuat tempe yang dikehendaki pelanggan. Ini bermakna tiada hasil jualan pada hari tersebut.


Tempe adalah salah satu makanan dari jawa yang berasaskan kacang soya. Proses membuatnya agak rumit jika tiada kemahiran.


Apabila pelanggan bertanya tentang tempenya dia menjawab, "Sesungguhnya daripada Allah kami datang dan kepada-Nya kamu kembali." Yang mana bermaksud tempenya tidak menjadi. Dia tawakal sahaja pada Allah. Moga-moga ada pelanggan yang mahu tempenya.

Namun, yakinlah, rezeki Allah ada di mana-mana. Sudah menjadi rezekinya pada hari itu, ada seorang wanita yang mahu membeli tempe yang belum menjadi. Katanya mahu membawa ole-ole untuk anaknya yang berada di luar negeri. Jadi, dia mahu tempe yang belum menjadi supaya apabila dia sampai di tempat anaknya tempe itu sedang elok. Justeru, wanita itu membeli kesemua tempe yang dibuat oleh si pembuat tempe.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU


السلام عليكم,
tanggal 16 Mei merupakan hari yang bersejarah bagi seorang insan yang bergelar guru. justeru itu, saya nur najlaa aqilah bt rapiee ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru2 saya di sraibbb, samsmel dan juga kepada semua guru di seluruh malaysia. terima kasih atas segala jasamu. tanpa anda siapalah kami. anyway kat bawah ni ade kad hari guru yang dbuat oleh saya dan kawan saya, halimatun syahidah. kad ni buat time tak ade kerja nak buat. walaupun hasilnya taklah cantik mana . ape2 pun esok kat sekolah ade sambutan hari guru and tema tahun ialah padang pasir. mesti esok semua orang melaram dengan jubah masing2.

Saturday, May 7, 2011

peperiksaan



,السلام عليكم
Sebenarnya gambar kat atas ni tak ade kena mengena pun dengan tajuk kat atas. mesti pelikkan kenapa saya letak tajuk PEPERIKSAAN, sebenarnya minggu ni saya nak cerita fasal peperiksaan pertengahan tahun(ppt). minggu depan 18 mei ppt dah start periksa and saya tak abis baca buku lgi, stres melanda diriku. sbnarnye tak stres pun cuma pening kepala sebab bnyk subjek tak baca lgi. 18 mei dahla hari first periksa pastu subjek first kali ialah feqah tauhid ( dahla tak tahu lgi tajuk mane yg masuk). mujurlah matapelajaran form 1 yang masuk periksa sudah baca. walau ape2 pun kita perlu usaha dan selepas kita b'usaha baru kita boleh bertawakal kepada ALLAH. akhir kata untuk diriku jangan jadi pemalas. dan untuk sahabat seperjuanganku semoga anda semua berjaya dalam peperiksaan pertengahan tahun.

slide

Friday, April 29, 2011

percutian

السلام عليكم,
sudah lame kita tak b'sua. kali ni saya nk m'ceritakn tntang p'cutian saya pda minggu lpas di Pulau Pangkor. Cuma kali pegi empat orang saje for abang jgan sedih2 ye. nnti kalau blik sini kita gi la jlan jauh2 sikit.


me and akak kat jeti lumut


bnyaknye barang



ye2 dh sampai kat pulau pangkor


ibu and kakak mase dlm van dlm p'jalanan nk gi tmpat p'ginapan


me and kakak kat kedai makan. mase sampai je kat chalet saya dan family gi ltak brang kat bilik pas2 trus keluar utk m'cari kedai mkn sbab sblum dtang sini kami tak mkn lgi. so, kebuluran sngat la.


kat depan chalet


ibu dan ayah


burung enggang. lpas prgi mkn blik la chalet pastu tuan punya chalet tu kate pukul 6 petang nnti ade burung enggang kat dpan chalet. teruja betul la time tu. pastu yg lgi best bile dpat bgi dia mkn . mkanan dia ialah pisang.


makan time


seafood my favorite



mane la sorang lgi ye?


swimming time


ini je la cerita utk minggu ni. esk dh kene pergi pasir gudang, johor. utk sape2 yg b'cadang nk pegi cuti kat pulau pangkor pergi la, kat sane bnyak chalet. so, anda tak perlu risau.